BEST BELAJAR™ DI BUMI ACHEH, INDONESIA

Alhamdulillah, pada 21-23 September 2016 yang lalu saya dan Jurulatih Kanan Tuan Hafiz Bai bersama-sama Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) telah ke Acheh, Indonesia.

Saya telah diamanahkah oleh Puan Presiden PEKA, Dr. Siti Taniza untuk menjalankan Slot Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ di Sekolah Dasar Kajhu, Acheh, Indonesia.

Sejujurnya ini kali pertama saya pergi ke Luar Negara dengan keputusan sendiri tanpa keluarga. Sebelum ini saya sudah pernah pergi ke India namun itu bersama keluarga. Lama juga saya mahu membuat keputusan untuk ke Indonesia. Namun dengan niat untuk sebarkan ilmu. Saya buat keputusan untuk ke sana.

22, September pada waktu pagi kami mula bertolak dari Hotel Medan, Acheh menuju ke Sekolah Dasar (Sekolah Rendah) Kajhu.

img_3271

Setibanya di sekolah itu. Saya dan Tuan Hafiz Bai di berikan Kelas 6 & 5 (Tahun 5 & 6) untuk jalankan Slot kami. Manakala Kaunselor – Kaunselor lain dibawa ke Bilik lain untuk berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada guru-guru sekolah tersebut.

img_3400

Saya telah kongsikan Sistem Movie Best Belajar™ (Kaedah Menghafal Fakta Subjek Sekolah dengan Teknik NLP) kepada murid-murid kelas 6 & 5 mereka. Seronok juga berbahasa baku dalam menjalankan program. Maklumlah untuk memudahkan pemahaman dan komunikasi dua hala.

img_3288

Banyak perkara yang saya belajar selama beberapa hari di sana. Pelajar mereka lebih sopan dan tidak nakal. Pemandu di jalan raya juga lebih bertolak ansur. Bukan lebih bertolak ansur. MEMANG !!! Tolak ansur. Warga mereka berbudi bahasa. Masjid juga dipenuhi dengan orang.

img_3410

Bahkan di waktu petang. Akan ada sesi pengajian seperti ini di masjid. (^_^). Oh ya. Ini antara masjid yang teguh berdiri walaupun setelah dilanda TSUNAMI. ALLAHU AKBAR!!!

img_3406

 

Setelah selesai bersama Sekolah Dasar KAJHU. Sempat juga Kepala Sekolah (Guru Besar) bergambar bersama saya. (^_^)

img_3395

 

img_3394

 

Kami juga sempat solat dan mendengar pengalaman bagaimana beberapa individu yang terselamat daripada bencara TSUNAMI.

img_3427

Pak yang berkopiah putih di gambar atas berkongsi bahawa beliau tidak pernah sujud walaupun rumahnya hanya lebih kurang antara 300-500 meter dari masjid. Sewaktu dilanda tsunami. Beliau telah ditusuk besi di bahagian perutnya dan hampir-hampir lemas. Entah bagaimana, beliau terdengar suara menyuruh beliau “BERZIKIRLAH…”   “BERZIKIRLAH…”

Alhamdulillah, dengan kuasa Allah beliau terselamat. Jangan tanya saya bagaimana. It’s a miracle.

Akhir kata buat sahabat dan kenalan yang sedang membaca perkongsian saya ini…..

Saya ingin menyatakan yang Saya pergi ke sana untuk mendidik anak-anak mereka. Namun sekembalinya saya ke Malaysia. Sayalah yang sebenarnya TERDIDIK. Semoga BEST BELAJAR™ akan terus berkembang ke seluruh negara.

img_3401