CADANGAN ULANGKAJI MENGIKUT TEORI KELUPAAN

TAHUKAH ANDA ?

Pada tahun 1939, Spitzer telah melakukan satu kajian tentang “TEORI KELUPAAN” pada diri seseorang. Teori ini dikenali dalam Bahasa Inggeris dengan nama “Theory of Decey”. Hasil daripada kajian ini, Spitzer telah menyimpulkan semakin lama selepas waktu kali pertama kita belajar suatu ilmu, semakin lupa akan jadi seseorang itu.

Jadual dibawah menunjukkan peratus kelupaan yang boleh terjadi sekiranya seorang pelajar tidak ulangkaji selepas belajar topik baru.

Sumber : Taufik Tea, Inspiring Learning : 5 Jurus Menjadi Jenius

 

Mengikut jadual diatas kita hanya mampu ingat 19% setelah 28 hari. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Seorang pelajar disarankan untuk mengulangkaji secepat mungkin supaya ingatannya lebih kukuh.

Jadual dibawah ini merupakan cadangan ulangkaji yang pelajar boleh lakukan supaya Kuasa Memorinya lebih kuat.

 

 

Galakkan diri untuk ulangkaji sesuatu topik yang telah dipelajari sebanyak 4 kali mengikut tempoh masa yang dicadangkan diatas. Jadual diatas bukanlah suatu jaminan yang menentukan anda akan berjaya. Namun ianya sebagai “Guideline” supaya peratus daya ingatan anda menjadi lebih baik dan sekaligus menjadikan anda seorang pelajar yang belajar sebelum menghadapi peperiksaan.

Semoga bermanfaat.

============================================================================

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Kajian menunjukkan bahawa TIDUR bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah ianya baik untuk MEMORI anda. 

Dr. Jose dari leehealth.org menyatakan bahawa “tidur bukan sahaja baik untuk rehat tetapi untuk memori”. Jika begitu, ini bermaksud, apabila seseorang pelajar tidak cukup tidur. ianya boleh memberi kesan kepada memori jangka pendek dan panjang mereka.

Dr. Jose menambah lagi “Apabila kita tidur, kita akan memasuki fasa REM (Rapid Eye Movement). Fasa ini menjadikan emosi dan memori bersatu untuk menjadikannya ke arah memori jangka panjang.” Sekiranya proses ini tidak berlaku dengan baik. Ianya memang akan memberi kesan kepada memori anda. Jika kita ikut tempoh masa, kitaran REM berlaku setiap 90 minit. Jadi jika anda tidak cukup tidur sebagai contoh hanya tidur 2 jam. Anda hanya akan lalui satu kitaran REM sahaja berbanding pelajar lain yang tidur 8 jam. Mereka mungkin berpeluang untuk melalui kitaran REM lebih kurang sebanyak 5 kali.

Rujukan Youtube Dr. Jose boleh ditonton di sini

Di dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh Fred Danner, PhD dari Universiti Kentucky. Beliau telah fokuskan kajiannya kepada 882 pelajar (high school).  Berdasarkan hasil kajian, pelajar yang tidur 7.6 jam pada hari bersekolah telah menunjukkan keputusan akademik yang positif serta mempunyai daya motivasi yang baik. Mereka juga tidak ada masalah emosi atau ADHD.

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Maka dengan ini dapat kita simpulkan bahawa :

PERTAMA

Tidur yang cukup lebih kurang 7-8 jam. Otak kita akan lalui proses REM lebih kurang 5 – 6 kali. REM menjadikan emosi dan memori menjadi sebati dalam minda kita. Seterusnya menjadikan seseorang itu lebih cekap dalam proses ingatan dan hafalan.

KEDUA

Pelajar yang tidur cukup akan mempunyai daya motivasi yang lebih tinggi (dengan dorongan yang betul), mempunyai kebarangkalian untuk mencapai keputusan yang baik (dengan kemahiran belajar yang betul) serta kurang bermasalah dalam hal-hal yang melibatkan emosi negatif dan ADHD.

PETUA MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur selama 7 jam ini akan memberikan anda kesegaran di pagi hari. Sebagai orang islam, anda boleh solat tahajud atau lakukan perkara yang bermanfaat dipagi hari. Jika anda beragama lain lakukan perkara yang bersesuaian. 

Bersenam 20 ke 30 minit setiap hari. Ini bagi memastikan anda akan penat di malam hari dan boleh tidur cepat.

Elakkan minum kopi atau minuman yang tinggi dengan kafein.

Anda boleh juga baca buku 30 minit sebelum tidur supaya mata anda jadi berat dan mendorong diri anda untuk tidur. Namun petua ini ada bahaya juga. Takut setiap kali baca buku di waktu siang hari anda akan mengantuk dan terprogram untuk tidur pula. Jadi hati-hati ya.

Pastikan bilik anda gelap sepenuhnya untuk tidur. Jangan nyalakan lampu kecil atau sebarang cahaya supaya badan kita tidak peka terhadap rangsangan cahaya dan otak kita tidak terima signal tersebut.

 

Semoga bermanfaat.

====================================================================

 

TENANG HADAPI PEPERIKSAN DENGAN KUASA “AFFIRMATION”

Ketika di dalam musim peperiksaan ini memang akan berlaku fenomena, pelajar risau dan takut tidak dapat lakukan yang terbaik di dalam ujian nanti. Lebih merisaukan apabila keadaan stres atau takut ini menjadikan pelajar lupa terhadap fakta yang sudah pun dihafalnya sebelum ini.

Bagi mengurangkan tekanan dan kerisauan pelajar. Kuasa “Affirmation” atau di dalam bahasa melayu kita boleh sebut sebagai “Kata-Kata Peneguhan Positif”. Ini dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan tenang menghadapi peperiksaan.

Kajian menunjukkan

  • kata-kata peneguhan positif membuahkan perubahan sikap yang besar (Steele et al.,1993 : Stone & Cooper,2003)
  • Ramai atlet yang berjaya, telah banyak menggunakan kata-kata peneguhan positif berbanding golongan atlet yang tewas selalu. (Sherman & Kim, 2005)
  • Guru yang menggunakan kata-kata peneguhan positif dilihat mempunyai hubungan yang amat baik dengan pelajar.
  • Latihan kata-kata peneguhan positif meningkatkan hormat diri, kepercayaan dan murid lebih optimis. Pelajar mempercayai mereka dapat rileks dengan mendengar kata-kata peneguhan positif terhadap suara diri sendiri. (Robinson, S. 2014)

APAKAH ITU AFFIRMATION ?

Affirmation atau afirmasi ialah kata-kata peneguhan positif yang pelajar boleh amalkan terhadap diri sendiri. Antaranya ialah seperti :

  • Saya seorang pelajar yang cemerlang
  • Saya boleh lakukan perkara ini
  • Saya mudah hafal dan mudah jawab soalan
  • Saya yakin terhadap diri saya

Dan banyak lagi….

Syaratnya ialah kata-kata peneguhan positif diri anda wajib terdiri daripada unsur-unsur seperti

(1) Perkataan atau ayat positif. Contohnya : Saya boleh, Saya mampu, Saya sudah…

(2) Bersifat boleh dicapai bukan fantasi atau bombastik. Contohnya : Saya boleh hafal dengan mudah, Saya mampu jawab karangan dengan mudah, Saya sudah mencapai matlamat saya….

(3) Berbentuk menampakkan hasil. Contohnya : Saya boleh hafal 15 fakta dalam masa 2 minit, Saya mampu jawab karangan Bahasa Melayu dengan mudah, Saya sudah mencapai matlamat saya untuk dapat A dalam Bahasa Melayu.

Semoga bermanfaat.

===========================================================

Untuk pertanyaan atau jemputan bagi menjayakan Program Motivasi & Kemahiran Best Belajar™ di lokasi anda Whatsapp ke 019 – 211 12 85

MAKLUMBALAS SEK. MEN. TEKNIK JOHOR BHARU 2018

Alhamdulillah, selama 3 tahun berturut-turut dijemput oleh Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu bagi menjayakan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™. Ini kerana dimaklumkan melalui Guru kaunselingnya, memang ada kesan dan peningkatan prestasi akademik pelajar selepas program.

Setiap kali saya menjalankan program bersama pelajar di sekolah ini. Pelajarnya memang tidak menghampakan. Mereka sangat “Happening” dan kami selalunya cepat masuk kepala hehehe….

======================================================================

Berikut merupakan maklumbalas pelajar.

 

  1. Rabeatul Aswirin Binti Azman, Program ini sangat BEST. saya dapat belajar bagaimana untuk menggunakan otak kanan. Saya dapat belajar sambil bermain. Saya suka cara abang syed menjadi penceramah. Sangat sempoi dan dapat memahami perasaan pelajar. Saya belajar yang matlamat sangat penting untuk capai cita-cita.
  2. NURUL JANNAH BINTI HAMDAN (5 PERTANIAN 2), Tersangat BEST. Boleh study in Games enviroment. Dapat gain confidence even lepas kegagalan kita still boleh berjaya. Stress Free masa belajar. VERY FUNN!!. Penceramah very friendly even during break time, Insyaallah result gempak lepas aplikasi teknik.
  3. NURATHIRAH BINTI ARSHAD (5 PERTANIAN 1), Saya berpuas hati dengan program ini kerana memberi input yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam proses pembelajaran. Saya berharap pelajar-pelajar lain dapat terlibat dalam program ini untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
  4. SHARIFAH SUIAIDAH BINTI SYED HUSSIN (5 PERTANIAN 1), Aktiviti yang sangat membantu dalam pelajaran. Best n senang nak hafal lepas ini. Puas hati dengan semua aktiviti. Tak bosan dan tak mengantuk. Sangat Bes!!!.
  5. NURAIN NABIHAH BINTI KAMARUZAMAN (5 PERTANIAN 1), Program ini mula-mula assume macam boring. Bila dah start buat game, dah mula rasa suka dengan program ini. Program ini serious best bila dah start session game. Bila dah nak habis program rasa macam nak buat program lagi dengan Abang Syed. Harap dapat jumpa dan jumpa join program Abang Syed lagi. Terima Kasih.
  6. SITI AINA AMIRAH BINTI MOHAMAD AMER (5 PERTANIAN 1), Saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang matlamat saya. Saya lebih mudah mengingat apabila menggunakan Sistem Movie. saya lebih bersemangat untuk mendapatkan matlamat dalam hidup terutamanya matlamat dalam SPM. TQ Love TEAM BEST BELAJAR!!!
  7. NORHIDAYAH HUMAIRAH BINTI MOHD NOOR HAKIM (5 PERTANIAN 1), Saya rasa program ini sangat bertenaga dan sangat membuka minda saya yangtak minat belajar apatah lagi mengaplikasikan cara belajar subjek sejarah. Hopefully, for the SPM saya dapat keputusan yang sangat mengembirakan saya. TQ
  8. NURALIA NAZIRA BINTI ABDUL RAZAK, (5 MEKANIKAL 1), Saya rasa program ini perlu diadakan di setiap sekolah agar teknik yang diajar dapat membanturakan-rakan yang lain kerana teknik ini sangat berkesan kepada saya walaupun hanya beberapa jam je yang diajar. Before ini, saya dah belajar sistem movie tapi kurang berkesan. tetapi hari ini saya dapat tahu cara menggunakan Sistem Movie dengan cara yang betul.
  9. AISYAH RADZUAN, (5 MAKANIKEL 1), Pendapat saya tentang program ini sangat best, tak mengantuk. Banyak cara belajar melalui Sistem Movie. Sangat enjoy. Insya Allah program ini menyedarkan saya.
  10. YASMIN ATIQAH BINTI ROSZAIDI, (5 MEKANIKAL 2), Cara penyampaian sangat best dan ohsem. Ianya memikat hati saya untuk menerima input-input yang penting dengan teknik yang berkesan. “YOU ARE THE BEST AMONG THE BEST”
  11. NURUL NASRIN NADHIRAH BT. AZMI, (5E2), Program ini sangat membantu saya dalam berfikir untuk selesaikan masalah. Program ini best! Abang Syed lawar gilerr wehh ! We want more!!! Kalau buat kem 2 hari lagi best. BEST DOH!!!!
  12. SHOLEHATUL HUSNA BINTI ZULKIPLI, (5 PERTANIAN 2), #bukanpenternakan #puyuhcomel , Program Best Belajar ini best kerana mempunyai penyampaian yang santai dan menarik. Kami didedahkan dengan pelbagai teknik belajar dan strategi baru. Saya akan buktikan pertanian ini bukan kolot. 
  13. NUR ATHIRAH AQILAH, (5K2), Memang best. Mula-mula fikir macam remeh, tapi bila main game banyak membantu dan sedar rupanya guna teknik Movie ni lebih senang nak ingat dan buat.
  14. ROHA EDLENA BTE. MOHD SHARIF, (5K2), Program yang mampu mencuri minat saya untuk tak tidur langsung. Program yang sangat pelik sebab boleh cipta ‘slip spm’ palsu. Apapun Goddluck & Selamat Maju Jaya kepada Best Belajar TIM.
  15. NURUL IFFAH BINTI AZHAR, (5 AWAM 2), Program yang saya jalani hari ini iaitu Best Belajar telah buka minda dan sedarkan saya betapa pentingnya matlamat dalam hidup. Ada matlamat senanglah nak berjaya. Teknik Movie pun best. Tak terfikir pun teknik-teknik yang program ini ada kenalkan. Kalau tak join memang rugi. Tak percaya kena cuba sendiri baru tahu gempak dia.
  16. NURUL FAHRIANA BINTI AHMAD RIFAE, (5 KEUSAHAWANAN 2), Program ini dah mengajar saya cara untuk menghafal suatu fakta dengan lebih cepat keana selama ini saya menghafal secara last minute dan ianya kurang berkesan kerana kadang-kadang esok harinya saya terlupa. Selain daripada dapat menghafal dengan mudah, cepat dan berkesan, imaginasi saya  juga semakin luas dan membuat minda saya terbuka. Terima kasih kerana telah sudi hadir ke sekolah kami dan telah mengajar kami cara yang baru. Doakan saya & rakan-rakan mendapat keputusan yang baik dalam SPM 2018. Amiin.
  17. NURUL SAKINAH BINTI MOHD SALLEH, (5 KEUSAHAWANAN 2), Program Best Belajar sangat best dan tak sama macam program lain. Penceramah yang sporting dan tak bosan. Team Best Belajar kongsi tip untuk mudah menghafal. THANK YOU TEAM BEST BELAJAR !
  18. ANIS FAIZANA BINTI ABDUL MANAF, (5 KEUSAHAWANAN 1), Program ini sangat best sebab ada game. boleh tingkatkan cara hafal dengan cepat. Masa diluangkan dengan aktiviti yang best dan padat. Mmeberi keyakinan kepada diri untuk mendapat keputusan cemerlang.
  19. NUR HIZATI BINTI MAHMOOD, (5 AWAM 2), First time, dapat peluang mengikuti program yang super duper best ni. Sebelum ini, program motivasi yang pernah saya ikuti kurang menarik dan boleh menyebabkan saya boleh tertidur.
  20. NUR EVALIASYAH BINTI SHARIZAD, (5 AWAM 2), Program ini sangat menyeronokkan ! Sebab santai sempoi syurga!! Hahahahaha! Sebab sebelum ini saya menganggap life must go on with the flow. So kalau takde matlamat, boleh ikut flow. But tak sangka, if someone ada matlamat, dia akan lebih berusaha & bersemangat untuk mencapai matlamat tersebut. And Alhamdulillah, saya berjaya merekacipta storyline “Sistem Movie” untuk teknik menghafal & mendapat imaginasikan matlamat yang jelas! THANK YOU ABANG SYED!
  21. NUR ANISYA BINTI AZILAN, (5 M 2), Cara penyampaian sangat attractive dan takkan ngantu. Mendedahkan konsep/cara guna kedua-dua belah otak. Perkongsian pengalaman ahli team beri inspirasi untuk pelajar bangkit dari kegagalan.
  22. ALYA NUR DANIA BT AZRIL, (5 KEUSAHAWANAN 2), Saya rasa program hari ini memberi manfaat terutama subjek yang memerlukan saya banyak menghafal iaitu Sejarah, Pengajian Keusahawanan dan Agama. Saya juga dapat belajar strategi dan matmalat dengan lebih jelas tentang apa yang saya mahukan dalam hidup.
  23. MUHAMMAD FARID BIN ABDUL RAHIM, (5 MEKANIKAL 1), Program Best Belajar sangat best. Tak rasa bosan atau ngantuk. Banyak input yang diperoleh. Dapat gelaran baru “THANOS”. Kalau ada peluang pasti akan panggil lagi. Tambah lagi masa untuk dapat 6 teknik dan kursus penuh. Semoga program ini kekal maju dan berjaya.
  24. RAFIQAH FAQIHAH, (5P2), Program ini sangat menarik. Saya fokus 100% dalam program ini. Abang Syed Faizal dan Kumpulan Best Belajar banyak membantu saya cara menghafal yang beul. Selain itu, meyakinkan diri saya dengan motivasi yang diberi. Dengan juga cara membetulkan semula matmalat.
  25. NURUL WAHIDAH BINTI WAHIDON, Program ini banyak mebantu untuk menghafal subjek yang penting dan fakta dengan cara yang betul. Program ini sangat menarik minat saya untuk mencapai matlamat yang telah saya tetapkan. Mengajar untuk menggunakann kedua-dua otak sebelah kiri dan kanan semasa belajar. Mengaplikasikan permainan dalam pelajaran menyebabkan menambah minat untuk belajar.
  26. WAN AMALINA SAFIYAH BINTI WAN GHAZALI, (5 PERTANIAN 1), Saya rasa bagus jugalah. Sebab bagi cara baru untuk menghafal cara lebih senang berbangding cara lama yang saya sering gunakan dahulu. Cara ini juga akan membuatkan sesuatu itu mudah diingat. Motivasi ini bagus juga kerana telah menaikkan semangat saya yang telah lama terkubur. Lepas saya dengar apa yang telah Abang Syed katakan, semangat saya untuk berubah menjadi terkobar-kobar. Saya juga tidak sangka. Sekarang saya rasa bersemangat untuk berubaha.  Saya ingin mengucapkan beribu-ribu terima kasih kerana sekolah telah menjemut Syed dan teamnya ke Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru ini. Terima kasih.
  27. MUHAMMAD NUR YAASIN BIN AZLAN, (5 AWAM 2), Through this program, I get mempelajari teknik menghafal dengan baik dan berkesan. Saya juga dapat menentukan matlamat dengan jelas. Ia meningkatkan semnagat belajar demi masa depan. Cara program ini dijalankan adalah unik daripada lain dan sangat berkesan.
  28. ALI HAZIEQ ZUHAIRY BIN AZRIN, (5 MEKANIKAL 2), Sumpah best giler. Cara penyampaian yang sangat bersemangat. Biasanya saya akan mengantuk jika sertai program sebegini, tapi kalini tidak. Mengajar cara menghafal yang sangat efektif.
  29. Y.B.NAQIEB, (5M1), Program ini sangat best kerana banyak benda yang saya pelajari daripada penceramah-penceramah program ‘BEST BELAJAR’ ini seperti Abanag Syed kerana ceramah beliau yang begitu bersemangat dalam menceritakan tentang kuasa matlamat kerana membuatkan kami semua turut bersemangat.
  30. SITI NORDIANA BINTI JAMIL, (5M2), Saya rasa program ini sangat sempoi. Abang Syed & Kak Piza sangat spontan. Penyampaian sangat baik dan sampai kepada saya sehingga membuatkan saya faham. Saya belajar 3 perkara utama yang penting. Pertama, Motivasi. Kedua, kemahiran. Ketiga pula, Game (Latihan & aplikasi).
  31. NURAIN BINTI ARNIS, (5 PERTANIAN 1), Saya rasa sangat gembira menyertai Program Best Belajar. Penceramah sporting dan mudah untuk berkomunikasi. Teknik belajar yang berkesan dan membantu saya untuk hadapi SPM dengan cemerlang. Program ini best dan bagus!
  32. NURUL NAJHIAH BINTI ZAINAL, (5 PERTANIAN 2), Bagus kerana meningkatkan kaedah pembelajaran. Kaedah hafalan yang terbaik untuk pelajar pertanian. Penceramah yang BEST especially Kak Piza.
  33. NURHUSNA HUWAIDA BINTI MOHD SAFEE, Program ini sangat bagus untuk meningkatkan cara belajar. Penceramah dia BEST SANGAT!
  34. INTAN NURSYAFIQA BINTI MAKMAR KADAPI, (5 AWAM 1), Program ini sangat seronok dan bermanfaat. Program ini lain dari yang lain. Faci program ini kelakar dan seronok. Saya tidak ada masa untuk mengantuk dan tidur.
  35. AIN NAJWA ZAINAL (5K2), Teknik yang diajar semua best best sebab nama dia interesting dan kelakar.
  36. ARISSA AZURIN ROSMAN (5K2), Program ni tak membosankan seperti program yang lain. Hope datang lagi!
  37. JOHARA WAHYUNI SABARUDDIN, (5K2), Best Belajar ni best sebab student tak stress and tak ngantuk dalam sehari. Tips dan teknik yang dikongsi memang best, berguna dan mesra pelajar. Apa yang dikongsi memang bagi kesan dan bagi kesedaran untuk kami move one step forward to achieve our dream!
  38. SITI SUHAILA BINTI RAZAK, (5K1), Pada pendapat saya, program ni sangat berbaloi kerana mengajar cara baru untuk menghafal dengan lebih bagus. Program ini juga membuka minda saya tentang betapa pentingnya matlamat dalam hidup bagi mencapai kejayaan. Thank you for everything! Tak sia-sia menghabiskan masa 9 jam dalam dewan.
  39. SITI ROHANIS BINTI DAUD, (5 AWAN 1), Program Best Belajar sangat berkesan kepada saya kerana saya dapat mengetahui tips untuk menghafal dengan berkesan dan ingat lama. Program ini juga sangat menyeronokkan kerana mengadakan permainan yang sangat berfaedah.
  40. FARHANI NUR ANIS BINTI HASNAN, (5 AWAM 1), Penceramah sangat lawak sampai tak sempat nak ngantuk. Sistem yang digunakan amat-amat menarik & berlainan dari yang lain. Belajar sambil bermain. Amat-amat berkesan.
  41. MARISSA BINTI MOHD RASHID, (5 KEUSAHAWANAN 1), Program ini sangat seronok dan tidak membosankan. Program ini bermanfaat. 9 Jam di dewn sangat berbaloi dan tidak sia-sia. Sewaktu mendengar ceramah, tidak ada rasa nak tidur.
  42. FATIN SOFEA BINTI ZULKEFLI, (5K1), Berbaloi! Tak rasa pun 9 jam. Content yang menarik. Tips yang berguna.
  43. NAJAT NURHANNAH BINTI NORDIN, (5 KEUSAHAWANA 1), Sangat berbaloi. Saya dapat ingat fakta dengan lebih banyak dalam masa yang singkat. boleh digunakan dalam pelbagai mata pelajaran. Saya dapat menetapkan matlamat dan berusaha untuk mendapatkan matlamat. Thank You.
  44. NOR HALIZAH BINTI MD YUSUP, (5 AWAM 1), This programme is very exciting! They teach us how to remember something dalam jangka masa yang lama. Students have a lots of  problems how to memorise something, especially killer subjects macam Sejarah and know students can learn many technique and style in remembering something. To “Best Belajar”, kalau bole lepas ni buatla video untuk sekolah kitaorang macam sekolah-sekolah lain. Hahaha. Promote ciket-
  45. FARAH AISYAH BINTI AB HADI, (5K2), Sepanjang program ni, saya tak ras mengantuk langsung sebab penceramah dia sangat-sangat sporting. Mereka bagi teknik untuk belajar dengan lebih berkesan. Membuatkan matlamat kita lebih jelas. Kad matlamat menjadi pemangkin semangat untuk capai matlamat.
  46. NURAIN BATRISYA BINTI YUZAIDI, (5 AWAM 2), Program yang sangat menarik! Teknik menghafal pun amat berguna, proses menghafal pun jadi lebih seronok. Saya akan cuba aplikasikan apa yang diajar dalam kehidupan. Terima kasih juga atas motivasi yang diberikan. Saya akan cuba ubah mindset bahawa belajar dan mengulangkaji itu menyeronokkan.
  47. UNKNOWN, Cara penyampaian yang sangat attractive dan sentiasa buat para pelajar bersemangat. Pengalaman ahli team menjadi inspirasi buat pelajar untuk bangkit dari kegagalan.
  48. NUR MARINA BINTI AZMI, (5K2), Best Belajar best sebab dapat banyak input dalam pelajaran. Then, this the only one yang tidak buatkan pelajar tidur. Ada banyak teknik dan cara untuk menghafal. Program ini tidak sia-sia kepada pelajar. Program yang sangat sempoi dan tidak bosan. Thank you and harap dapat terus maju jaya.
  49. NURWAHIZAHRA BT MARZUKI, (5 KEUSAHAWANAN 2), Program Best Belajar ini mengajar students cara senang untuk hafal sesuatu subjek contohnya Sejarah sebab subjek tersebut perlu banyak hafalan. Teknik yang digunakan ialah movie supaya mudah ingat dengan gambarkan situasi. Program ini best sebab tak ngantuk., happening dan banyak game. Banyak input diperoleh. Thank you Team Best Belaja. Semoga dapat berjaya travel kar sekolah lain dan share info ni.
  50. NURUL ATHIRAH BINTI SHAMSOL, (5 AWAM 2), Program ni best, penceramah dia sporting gile! Antara program yang buat kita tak tidur dalam dewan. Penceramah dia suka buat lawak and tak hambar. Teknik yang diajar semasa menarik dan lain daripada yang lain. Saya dapat pengetahuan yang baru macam mana hafal subjek sejarah.
  51. NUR IZZATI ATHIRH BINTI MOHD MAYIDIN, (5 KEUSAHAWANAN 1), Tidak mengantuk semasa motivasi diajar. Teknik yang diajar mudah diingati. Penceramah mesra.
  52. NURUL SYAZLIN BINTI MOHD ZAKI, (5 KEUSAHAWANAN 1), Motivasi ini sangat menarik dan penuh dengan pengisian yang berfaedah. Motivasi ini juga tidak mengantuk dan dapat membuka minda pelajar untuk berjaya.
  53. NUR HUSNA FARISHA BINTI MOHAMED, (5 KEUSAHAWANAN 1), Program ini membuatkan saya lebih mengetahui bagaimana hendak menghafal dengan cara baru (Sistem Movie). Program ini sangat menarik dan penuh pengisian.
  54. ANN ADIBAH NAJAH BT ANWAR, (5 AWAM 2), Program Best Belajar ini sesuai dengan nama sebab BEST! Dapat maklumat yang manfaat (cara menghafal untuk tempoh masa lama). Tak bosan dan tak ngantuk. Suka game yang direka sambil belajar.
  55. ADAM DANIAL, (5K1), Best Belajar best gilaaaaaaa saya tak sempat tidur pun, nak kencing pun terlupa sampai habis saya dah lega dan tak rasa nak kencing dan meningkatkan risiko batu karang saya ketika dewasa nanti. Yang betul, En Syed Faizal best weh rugi tak datang. Rasa seronok macam tanak balik.
  56. AINAA AMIRAH BT ASHAR, (5A1), Program Best Belajar ni banyak bagi impak dan pada saya daripada menghafal berulang-ulang kali sekarang saya hafal guna’ Sistem Movie’ di mana mempunyai prinsip iaitu watak, gambar, kaitan, gila-gila dan kewujudan perasaan. Jadi saya senang menghafal. Fasi-fasi semuanya terbaik especially Encik Faizal. Tak rugi ambik BEST BELAJAR as fasi untuk memotivasikan SPM candidate. Thank U semua fasi saranghaee
  57. NURIN SYAHIRAH BINTI NORAZIZAM, (5 KEUSAHAWANAN 1), Sebelum ni, saya menghafal dengan cara membuat formula, tetapi tidak berkesan juga. Ingat dalam satu pr dua then ayat yang lain tu ingat-ingat lupa. Pastu tadi, yang cara Kak Piza ajar tu, saya amazing sangat and tak percaya saya dapat hafal banyak macam tu. In sha Allah saya akan cuba hafal satu buku sejarah guna cara ini.
  58. NUR BATRISYA BINTI ZUBIR, (5 ELEKTRIK 1), Saya rasa program ni bagus sangat sebab semangat yang diperolehi lain, lebih banyak dari sebelum. Saya bukan dari JB, saya duduk KL, tapi kadang saya asyik buang masa dan lupa kenapa saya datang dari jauh. Tapi program ni lebin menyedarkan saya. Terima kasih. doakan saya daoat kekalkan kecemerlangan.
  59. FATIN ATIKAH BINTI MD YAA’COB, (5 ELEKTRIK 1), Terima kasih datang ke sekolah kami!! Saya dapat banyak informasi untuk belajar dengan cara yang betul. Saya harap pihak Best Belajar dapat datang lagi pada masa akan datang. Terima kasih.
  60. NURUL AIN NABILA BT ZAKARIA, (5 ELEKTRIK 1), Program yang lain daripada laun. Gempak. Dalam bermain ada isi yang disampaikan. Mudah nak buat nota yang boleh ingat lama.
  61. ADIBAH BINTI ABU BAKAR, (5P1), Alhamdulillah, saya telah mendapat cara untuk mencapai matlamat dengan jelas dan teknik menghafal yang baik melalui program ini. Aktiviti yang dijalankan juga adalah sangat menarik sehingga menarik minat semua pelajar untuk kekal fokus. Saya berharap Abang Syed, Kak Piza, Abang Irfan, dan yang lain agar berjaya untuk menjayakan program ini pada sekolah yang lain.
  62. NABELLA BINTI AZMI, (5P1), Bagi saya, program ini sangat memuaskan dan tidak membosankan. Saya tak pernah join program macam ni. Banyak ilmu dan kaedah yang telah diajar oleh Abang Syed dan Kak Piza. Ini merupakan 9 jam yang berbaloi untuk saya. Terima kasih kerana sudi datang.
  63. NEESHA IRDEANNA BT AHMAD ARSHAD, (5 PERTANIAN 1), Selepas menyertai program ini, akhirnya saya dapat matlamat yang lebih jelas untuk masa depan. Program yang menarik dan tidak mengantuk. Penggunaan cara yang baik untuk menghafal dengan lebih mudah.
  64. NUR AFRINA BATRISYA BINTI HUSEIN, (5 KEUSAHAWANAN 2), Program ini sangat best kerana penceramah sangat sporting dan buat kami tidak berasa ngantuk. Kami juga dapat hafal dengan lebih mudah kerana adanya teknik movie. Kami juga dapar mengetahui matlamat kami dengan lebih jelas. Kami berharap sangat agar kami dapat gunakan input ini untuk mencapai kejayaan 10A dalam SPM 2018.
  65. NURUL IZZAH BINTI AZMI, (5 PERTANIAN 2), Program ini sangat bagus kerana program ini mengamalkan tips praktikal. Tips ini sangat berguna kerana ia boleh mempengaruhi dalam kehidupan seharian saya. Teknik menghafal (Sistem Movie) sangat bagus kerana saya tidak pernah jumpa teknik ini sebelum ini.
  66. NUR ARIENA BINTI SAMSURY, (5 AWAM 2), “Program ini sangat menarik, ia membantu saya untuk mencapai sesuatu dengan matlamat yang lebih jelas. Saya juga semakin bersemangat untuk mengejar cita-cita saya”. “Program ini tak mengantuk!!!”
  67. SANTUN SYAFITRI BINTI MULYADI, (5 AWAM 2), It was a great talk from Abang Syed Faizal and Kak Piza. I know how to memorise something more efficiently. I’m not sleepy at all through out the programme. SEMOGA SUCCESS SELALU!
  68. NUR ‘AZIMAH BINTI KARIA, (5 AWAM 2), Saya sangat bertuah dapat menyertai program Best Belajar ini kerana program ini membantu saya untuk menjelaskan  matlamat saya. Program ini juga mengajar saya bagaimana untuk mengaktifkan otak yang jarang digunakan iaitu otak kanan. Selain itu, mengaplikasikan Sistem Movie dalam menghafal pelbagai fakta dengan mudah.
  69. NURUL NATASYA BINTI MOHAMAD DON, (5 KEUSAHAWANAN 1), Team Best Belajar merupakan team yang sangat baik dan membantu untuk memotivasikan para pelajar yang akan menghadapi SPM. Saya dapat melihat matlamat saya dengan jelas dan lebih bersemangat untuk berusaha mendapat kejayaan. Saya dapat belajar teknik menghafal yang baik sekali yang akan membantu saya untuk menghafal subjek-subjek berat.
  70. INTAN SHAHIRAH BT HAMZAH, (5 KEUSAHAWANAN 1), Program best Belajar hari ini 28/8 memang superb gila bapak punya lah. Imagine otak ni boleh hafal buku teks dalam satu hari (contohnya hahahah). Tapi memang superb power sbb boleh belajar macam mana nak hafal benda & fakta banyak dalam masa singkat. Harap masuk universiti nanti ada program dari team Best Belajar lagi. Wish me all the best untuk SPM 2018. W LOVE U Alls!!!
  71. NUR ALISSA MAISARAH BT MOHD HAFIZAL, (5K KEUSAHAWANAN 1), Pada pendapat saya, program Best Belajar dapat menyelesaikan masalah saya dalam pelajarann kerana saya sukar untuk menghafal. Program ini juga dapat menaikkan semangat saya untuk mencapai cita-cita saya dengan yakin.
  72. MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN MOHD ZAKARIA, (5 KEUSAHAWANAN 2), Best Belajar memberikan motivasi yang bagus kepada saya yang akan menduduki SPM 2018. Tips yang diberikan memberikan kelebihan kepada saya. Program ini sangat best sehingga tiada rasa ngantuk tidak seperti program yang lain-lain. Terima Kasih.
  73. FAIZ RUSYDI B. RIDZUAN, Best Belajar TM merupakan program motivasi yang sangat berkualiti serta mempunyai kreativiti dalam mengembangkan minat pelajar dalam pembelajaran melalui konsep memori iaitu MOVIE. Saya berharap agar guru-guru dapat mengaplikasikan cara pembelajaran mereka. Terima kasih Team Best Belajar.
  74. Asyraf bin Mat Desa, (5E2), Saya sangat gembira dengan program yang dianjurkan. Fasilitator yang sangat jelas percakapannya, banyak point yang diberikan dan sangat berguna kepada saya demi peperiksaan yang akan berlangsung.
  75. KHAIRUNNISA NADIA MOHD KAMIL, (5 AWAM 1), Program Best Belajar adalah satu program yang sangat interesting. At first, I thought profram ini hanya program motivasi yang bosan. Tapi Abg Syed Faizal and team proved it wrong. Banyak input yang saya hadam. Kak Piza, Abang Irfan, Kak Alia and Abg Syed memang thorbaek! Mereka menaikkan semangat saya untuk berjaya capai matlamat saya. Saya akan lebih mementingkan matlamat dan seterusnya usaha. Terima Kasih!
  76. AHMAD IZZUDIN BIN MOHD HAMIM, (5 ELEKTRIK 2), Saya sangat menyukai program ini kerana ia membantu saya mendapatkan matlamat yang jelas. Program ini juga memberi motivasi yang padu dalam diri saya. Saya berharap program seperti ini diperbanyakkan In shaa Allah.
  77. NOOR AQILAH BINTI SALIM, (5A2), Program ini memudahkan kami sebagai pelajar untuk menghafal subjek-subjek yang tertentu dengan teknik yang diajar. Matlamat saya juga semakin jelas dengan pendedahan yang diberi oleh penceramah. Terima kasih, Best bELAJAR TM.
  78. NUR BALQIS SODEA BINTI MD YUSRI, (5 ELEKTRIK 1), Program sangat best dan best.. sebab selama ini tido time ceramah walaupun ceramah 2 jam tapi ni sampai petang pon celik. Terima Kasih doakan kejayaan kami bye.
  79. NURUL AIN BINTI NASIR, (5 ELEKTRIK 1), Program hari ni best sangat dan banyak bagi tips macam mana nak belajar (study). Saya jenis yang malas nak hafal sesuatu sebab susah. Kaedah movie ni bantu dalam penghafalan fakta and best sangat sbb sekali je buat da hafal. Terima kasih Abg Syed, Abg irfan, Kak Noorrpiza and Kak Alia sbb dtg sekolah kami. Senoga dapat jumpa lagi.
  80. SYASYA ALYA SAHARUDDIN, (5 ELEKTRIK 1), Program Best Belajar memang terbaik walaupun penat sebab program ni kena spend time banyak masa. Benefitnya, dapat cara belajar yang betul especially untuk hafal. Tapi, nak hafal formula macam mana? Lepastu, saya dapat target full apa my impian for the future. Naikkan determination saya.
  81. IQBAL BIN SULAIMAN, (5K1), Saya rasa program ni sangat bagus untuk memotivasikan diri saya. Saya boleh memupuk mtlamat dalam diri saya dan cara memudahkan untuk menghafal. Sistem Movie sangat berkesan kerana boleh menghafal dalamm masa yang singkat. Command and Conquer Reward System sangat bagus untuk mengaplikasikan cara belajar.
  82. NUR IRDAYANA BT MOHD NASIR, (5 AWAM 1), Sepanjang program ini, saya telah mendapat pelbagai manfaat dan input untuk memudahkan saya belajar bagi menghadapi SPM pada tahun ini. Penyampaian yang jelas, dan berkesan dalam mengaplikasikan cara pembelajaran mengikut peringkat saya.
  83. MOHAMAD HAFIZOL RISYAM NUR HAKIM BIN RAMLI, Program ni paling perform. Dia ajar teknik dan cara baru kepada kami pelqjqr teknik dengan teknik yang sangat mudah.
  84. (WANY HASRITA…), Program ini sangat best. Dah nama pon Program Best Belajar kan. Program ini membuatkan saya untuk senang menghafal sesuatu tajuk. Memberitahu bahawa pentingnya matlamat dalam hidup. Dapat mengetahui fungsi otak kanan dan kiri.
  85. MOHAMMAD SAFIUDDIN BIN ARIS, Pada pendapat saya, Program ini memotivasikan saya dalam memudahkan saya dalam pelajaran. Kuasa Memori yang diajar oleh Kak Piza sangat berguna dan memudahkan penghafalan saya. Sekian itu sahaja terima kasih dan doakan SPM saya. TQ. #ProgramTheBest
  86. FAROUQ NABIL,(5E1), Pada pendapat saya, program motivasi yang dianjurkan pada hari ini sangat berbaloi dan tidak membazir saya mengikuti program ini.
  87. MOHAMAD IKHWAN HAKIMI BIN ZULKENAIN, (5 ELEKTRIK 2), Program Best Belajar ni sangat bagus sebab saya dapat mengetahaui cara untuk menghafal dengan mudah. Saya juga dapat merancang matlamat saya. Terima kasih !!! #Best
  88. AKMAL RAZIQ BIN MOHD FAUZI, (5 PERTANIAN 1), Saya suka program ini sebab saya tak rasa mengantuk. Motivasi ini juga dapat mengubah matlamat saya yang sebelum ini tidak jelas. 
  89. MOHAMAD AQMAL DANIEL BIN HASHIM, Program ni memang best gila! Sebab diorang punya penceramah sangat masuk air terutama Abg Syed! Kitorg tak ngantuk, punchline menjadi. Semua Best Gila!!! Input semuanya berguna untuk dipraktikkan dalam pembelajaran.
  90. MUHAMMAD NAFIQ BIN MOHD RAFI, (5 PERTANIAN 2), Program ini best sebab penceramah memberikan semangat untuk belajar dan cara menjadikan cara pembelajaran lebih mudah dan pelbagai kaedah yang udah difahami serta tak ngantuk.
  91. ARIF IMRAN BIN MOHD ALI, (5P1), Program ini menarik dan perkara yang diajar sangat berguna untuk diamalkan.
  92. MUHD NAZRI BIN KHAIRUDIN, (5E2), Program ini sangat menyeronokkan kerana pernceramahnya yang sporting dan lawak. Melalui program ini juga matlamat saya untuk berjaya di masa akan datang menjadi lebih jelas. Program ini juga dapat membantu saya dalam cara menghafal melalui Sistem Movie yang sangat berkesan. Program ini perlu diteruskan lagi di masa akan datang.
  93. MUHAMAD IRFAN BIN MOHD REHAT, (5E2), Program ini telah mengajar cara baru untuk belajar dan hafal dengan efisien. Walaupun pada mulanya cara ini tidak masuk akal tetapi cara penghafalan ini lebih berkesan daripada mengulang-ulang perkara sama. Perkara ini menyeronokkan. 
  94. KHAIRUDIN HELMY BIN KAMARUZAMAN, (5 MEKANIKAL 1), Saya berasa matlamat yang jelas perlu ada dalam diri dan melalui Best Belajar dan ceramah Abang Syed membuatkan saya lebih yakin. Program ini mengajar teknik menghafal yang lebih berkesan dan mudah.
  95. MOHAMAD NURHAKIM BIN AHMAD OTHMAN, (5 ELEKTRIK 2), Pendapat saya tentang Program Best Belajar TM ialah ia sebuah program yang sangat seronok. Program amat amat bermanfaat, penuh dengan informasi dan tidak membosankan saya. Ini merupakan satu-satunya program yang tidak mengantuk.
  96. MUHAMMAD AZAM NAJMI BIN ZULKIFLEE, (5 ELEKTRIK 2), Padsa pendapat saya, program motivasi dari Kumpulan Best Belajar amat menarik minat saya dengan input-input yang bermanfaat serta dapat memberikan saya kesedaran dan teknik-teknik yang memudahkan saya menghafal.
  97. NUR LIYANA AQILAH BT MOHD YUNOS, (5 MEKANIKAL 2), Program hari ini banyak membantu saya untuk meningkatkan cara pembelajaran dan cara membuat ulangkaji dengan lebih mudah. Program ini juga banyak menyedarkan saya bahawa matlamat itu amat penting untuk berjaya. Cara penyampaian dari Abang Syed sangat mudah difahami dan memberi kesan keoada saya. Terima Kasih kakak abang fasi yang sangat baik.
  98. SITI NUR HAYANI BINTI MOHAMAD NOH, (5K2), Melalui program Best Belajar ni saya dapat banyak benda saya dapat tahu cara teknik nak hafal dengan mudah which is ‘ Sistem Movie’. Lepastu, saya juga dapat mengetahui matlamat saya dengan lebih jelas, sebelum ni samar-samar je. Ok jump lagi. Saranghae. Gumawo!
  99. NURAMIRA HANI BINTI MOHD YUSOFF, (5 AWAM 1), Kepada Team Best Belajar, saya sangat suka cara penyampaian ilmu daripada anda semua. Sangat bermanfaat dan boleh digunakan dalam pelajaran yang akan datang. Saya harap program ini mendapar sambutan yang hangat oleh semua pelajar. Teruskan program ini sehingga ke akhirnya…
  100. 100. NUR AZRA FATIN BT AZLAN SYAH, (5M1), Prgram motivasi paling best! Dapat kenali siapa kita. Kita orang jenis otak kanan atau kiri. Cara menghafal dengan baik, bernas dan boleh ingat lama. In shaa Allah saya ikut perkara yang diajarkan sepanjang program ini.
  101. 101. MUHAMMAD DANISH DZULHELMY, (5 MEKANIKAL 2), Program ini sangat menarik kerana banyak menggunakan pergerakan tubuh badan yang menyebabkan segar dan bersemangat untuk menuntut ilmu.
  102. 102. MUHAMMAD AMIERUL DANIEL BIN YAHYA, (5 MEKANIKAL 2), Paling perform.
  103. 103. MUHAMMAD ALIFF ISMAIL BIN MAT JAID, (5 MEKANIKAL 2), Program mantap dan segar.
  104. 104. (UNKNOWN), Saya puas hati dengan program ini. Sangat berguna dan sangat inovatif membuatkan saya lebih bersemangat dalam pembelajaran dan memahami apa yang saya ingin lakukan untuk masa hadapan saya supaya lebih terancang dan dapat dicapai. Program ini juga membina idea dalam kemahiran dan sebagainya.
  105. 105. NUR AIFA NABILA MOHD GHAZALI, Program Best Belajar memang best. Pelajar dapat teknik lebih mudah untuk belajar. Dengan mengaplikasikan aktiviti dalam program ini, pelajar juga dapat menjadi lebih produktif dan ceria. Cara untuk ingat memang berkesan dengan menggunakan teknik Movie.  
  106. 106. NURLIYANA AQILAH, NURIN SYAHIRAH, AFIQAH ZAHIRAH, ALYA IZZATY & AQILAH NADIERA, (5 AWAM 2 & 5 KEUSAHAWANAN 1), BEST GILERR!! Ada matlamat yang lebih jelas, dapat mengaplikasikan dalam pembelajaran, powerpoint menarik, lebih minat belajar sebab dah tak bosan, fasi memahami pelajar dan pandai menarik minat pelajar, memudahkan kami menghafal melalui Sistem Movie, cara penyampaian sangat menarik (tak bosan, tak ngantuk) dan confirm SPM Cemerlang! 10a+ Aminn…
  107. 107. NUR MIESYA MAISARA, (5M1), Best Belajar dapat membuatkan saya untuk menyatakan matlamat hidup dengan lebih jelas. Saya juga dapat menambahkan kekuatan daya ingatan dengan beberapa kaedah yang sangat menarik. Kemahiran juga dappat diaplikasikan dalam permainan yang dalam masa yang sama dapat merapatkan hubungan antara pelajar. Fasi program ini juga dapat menarik perhatian saya berbanding program-program lain.
  108. 108. NURUL ASYIQIN NORLIZAN, (5 KEUSAHAWANAN 1), Program ini super duper best! Senang nak hafal fakta guna teknik yang diajar. Tak ngantuk, Happy Go Lucky, Penceramah sporting, padat dan tak buang masa.
  109. 109. FARHANA MANSUR, (5 AWAM 1), Program best, tak bosan dan fun. Dapat belajar teknik menghafal yang lebih mudah. Aktiviti menghafal menjadi lebih mudah & tak serabut. Tak mengantuk sepanjang program dan dapat main game. Banyak input dan lebih bermotivasi untuk kejar matlamat.
  110. 110. IFFAH NABILAH HASNOL AMRI, (5 AWAM 1), Pada awalnya, semua pelajar menganggap bahawa program ini adalah program Gerak Gempur Sejarah yang biasa yang sangat membosankan kerana bahawa kami akan menerima 500 sasaran sejarah. Rupa-rupanya tanggapan kami jauh terpesong. Program Best Belajar ini sememangnya menyeronokkan. Sorry tak sempat tulis pepanjang, tak cukup masa. Bye.

BEST BELAJAR | PELAJAR GUNAKAN KAEDAH M.U.R.D.E.R DALAM KELAS

Menjadi salah satu CABARAN besar bagi setiap pelajar untuk memberikan konsentrasi di dalam kelas sewaktu guru mengajar di hadapan. Pelajar perlu mempunyai satu metod atau proses “Step-By-Step” untuk mempersediakan mereka bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam kelas, pelajar yang duduk di hadapan boleh dilihat sebagai pelajar yang baik dan yang memberikan sepenuh perhatian kerana mereka dekat dengan guru manakala pelajar yang duduk di hujung pula mungkin dikategorikan sebagai pelajar yang kurang memberikan perhatian. Amalkan KAEDAH M.U.R.D.E.R ini apabila anda mahu memulakan pelajaran anda di dalam kelas.

SISTEM M.U.R.D.E.R

M : MOOD 

Demi memulakan pelajaran. Anda perlu sedar apakah mood yang anda sedang berada sekarang. Jika negatif. Positifkannya.

Jika positif. Positif yang bagaimana ? Adakah anda terlalu happy ? Terlalu Excited ? Pastikan anda berada dalam keadaan sederhana sahaja. Jangan terlalu happy dan terlalu sedih atau marah. Pembelajaran berlaku apabila seorang pelajar berada dalam keadaan yang sederhana seronok dan mempunyai MATLAMAT. That’s what sets you in the mood.

U : UNDERSTAND

Fahami apa yang guru anda sedang sampaikan. untuk UNDERSTAND anda perlu lakukan 3 proses tambahan ini. LISTEN -> NOTE DOWN -> ASK. Apabila guru mengajar. Dengar baik-baik (Listen). Tulis sebarang poin yang anda tidak faham (Note Down). Tanya pada cikgu poin yang anda telah catat tadi (Ask). Kita akan lebih faham apabila kita bertanya. Belajarlah bertanya wahai pelajar….

R : RECALL

Setelah faham. Cuba ingat semula poin-poin yang guru anda telah ajar. Mungkin juga poin-poin atau fakta yang anda sendiri telah baca di dalam kelas tadi. Gunakan imaginasi anda. Boleh juga anda tanya soalan pada diri anda sendiri. Soalan membuatkan diri kita menjadi “Curious” rasa ingin tahu. Apabila ingin tahu. Kita pasti mahukan jawapannya.

D : DIGEST

Apabila anda sudah faham. Sudah mampu untuk mengingati kembali fakta atau poin penting. Kini masa untuk MENGHADAM (Digest) apa yang anda telah pelajari. Untuk HADAM apa yang anda telah pelajari gunakan 2 Teknik ini. Tanya kembali pada diri “Adakah aku benar-benar sudah faham tentang ini ?” Kedua tanya pada kawan “Apa yang kau faham tentang ini”.

E : EXPAND

Ini adalah satu bahagian yang saya sangat suka. Expand di sini bermaksud. Sekiranya anda mengajar atau berkongsi dengan rakan-rakan lain. Apakah yang anda akan lakukan ? Apakah poin atau fakta yang anda mahu cakap kepada mereka. Apabila kita belajar untuk diri kita, motivasi belajar kita mungkin tidak setinggi mana. Namun apabila kita belajar untuk mengajar. Motivasi diri kita pastinya berbeza. Cuba berkongsi ilmu dan fakta yang anda telah pelajari kepada rakan-rakan lain pula. Cubalah!!! Oh ya… sebaiknya berkongsi dengan kawan yang sudi mendengar dan mahu belajar. Jangan buang masa dengan mereka yang tiada matlamat belajar. (^_*)

R : REVIEW

Gunakan Teknik Nota i-Think untuk “review” apa yang anda telah belajar di rumah nanti. Tak suka Nota Peta i-Think. Guna sahaja apa-apa teknik asalkan anda boleh catat dalam nota anda. Ingat !! Tiada kejayaan semudah petik jari sahaja…. It will be hard…. but the price will be priceless once you succeed later. All the best guys…. (^_*)

 

Semoga bermanfaat. Mohon kongsi dengan anak-anak atau rakan guru dan ibubapa anda.