BEST BELAJAR™ | AMALKAN KATA-KATA PENEGUHAN POSITIF
Memandangkan tahun 2017 sudah hampir. Cuti sekolah sudah pun berada di penghujung nyawanya. Marilah amalkan kata-kata peneguhan positif ini.
[email-download download_id=”2264″ contact_form_id=”2263″]
Kaedah ini merupakan salah satu cara untuk mengarah minda separa sedar anda untuk terima cadangan atau kata-kata positif dan menjadikan diri anda hebat atau rasa selesa secara emosi dan mental.
Amalkan beberapa kata-kata peneguhan positif di bawah ini sebelum memulakan persekolahan 2017 anda.
SAYA SEORANG PELAJAR YANG CEMERLANG
SAYA BELAJAR DENGAN MUDAH
SAYA SEORANG PELAJAR YANG CEPAT FAHAM APA YANG GURU AJAR
SAYA SEORANG YANG KUAT DAN CEKAL
SAYA SEORANG PELAJAR YANG TENANG DAN MATANG
SAYA MUDAH INGAT FAKTA
Saya menjemput anda untuk mencipta kata-kata peneguhan positif anda sendiri supaya anda lebih berkeyakinan.
Elakkan gunakan perkataan TIDAK dalam kata-kata peneguhan positif anda, seperti :
SAYA TIDAK AKAN GAGAL
SAYA TIDAK AKAN MENGALAH
SAYA TIDAK AKAN LEWAT KE KELAS
Minda kita lebih cenderung untuk fokus kepada perkara yang kita sebut selepas TIDAK itu. Sebaiknya anda terus berikan kata-kata positif yang mencadangkan tindakan atau aksi yang positif.
Semoga bermanfaat.
KENALI JURULATIH BERTAULIAH KAMI