BEST BELAJAR™ & NLP 4 TEACHERS @ BRUNEI DARUSSALAM
Alhamdulillah, Kumpulan Best Belajar™ Malaysia telah diterbangkan ke Brunei Darussalam selama 4 hari. Saya sangat-sangat terhutang budi dengan Sir Noordin & Tuan Azhar (TERAP CONSULTANCY) , Tuan Haji Suri (Singapore), Tuan Zul (ICON MEDIA SDN BHD) yang merupakan Rakan Strategik kami di Brunei Darussalam.
Setibanya kami di bumi Brunei, Saya dan Tuan Hafiz Bai telah berkongsi modul Best Belajar™ & NLP 4 TEACHERS kepada 44 orang Guru, Kaunselor dan Pegawai daripada Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam.
Apa yang menariknya di sini ialah, mereka sangat positif dan amat teruja dengan apa yang kami telah kongsikan. Barangkali kerana ciri-ciri ini :
+ Modul yang disampaikan Berstruktur
+ Penyampaian Bertenaga dan Berkarisma
+ Full of Engagement between Trainers & Audience
+ Kualiti Suara yang tinggi
+ Penggunaan Visual yang baik
Alhamdulillah, selepas selesai program. Ada beberapa sekolah yang benar-benar berminat untuk mendapatkan khidmat Best Belajar™ ke sekolah mereka. Bahkan ada pengetua sekolah yang menghantar mesej secara personal kepada Rakan Strategik kami Tuan Zul menyatakan “IT WAS AWESOME”
Nampaknya sudah masa untuk terbang lebih jauh. insyaALLAH.