BEST BELAJAR™ @ SMK PUTERI SEREMBAN
Alhamdulillah, selesai satu lagi program hari ini di SMK Puteri Seremban. Saya telah dijemput oleh Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah khususnya oleh Cikgu Inah Kuala Abdullah. Pertama kali kami bertemu di Bengkel The Kinesthetic Presenter & Gamification 4 Teachers di Bangi tahun lalu. Tahun ini bertemu di sekolah pula.
Program hari ini saya bertemu dengan para pelajar Tingkatan 3 dan 5 mereka. Seperti biasa apabila saya bersama pelajar spesisnya PEREMPUAN sahaja memang selalunya HAVOC !!! hahaha
Syukur program selama separuh hari ini berjalan dengan baik. Saya telah berkongsi dengan adik-adik ini Kuasa Matlamat menggunakan Kad Matlamat Best Belajar™ dan Kuasa Hafalan dengan menggunakan Sistem Movie Best Belajar™.
Semoga bermanfaat adik-adik sekalian.
Berikut merupakan Penilaian 3 Orang Kaunselor tentang Pengisian Modul Best Belajar™ dan Cara Kendalian saya terhadap program tadi. Semoga menjadi panduan kepada rakan-rakan kaunselor dan Pemimpin Sekolah yang lain.