BEST BELAJAR™ | 5 RAHSIA YANG MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA PELAJAR

Pada tahun 2007 3 orang ahli psikologi K. Anders Ericson, Michael J. Prietula dan Edward T. Cokely telah menerbitkan artikel berkenaan “Making of an Expert” yang membawa maksud Mencipta seorang Pakar (Proses Menghasilkan seseorang yang hebat) di dalam Harvard Business Review. Mereka membuktikan bahawa untuk menjadi seseorang yang hebat, ianya tidak datang daripada bakat semulajadi. Tetapi daripada latihan yang bersungguh-sungguh dan berfokus bertahun-tahun.

Ini juga sekaligus menafikan pendapat popular mengatakan bahawa wanita hebat dalam sesetengah bidang dan lelaki juga hebat dalam sesetengah bidang. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh jadi hebat dalam sesuatu bidang sekiranya dia berlatih bersungguh-sungguh dalam tempoh tertentu.

Formulanya ialah (Berlatih Secara Berfokus) + (Tempoh Tertentu) = (Kejayaan)

Bagi membuktikan ini, Kita boleh merujuk Laszlo dan Klara Polgar yang merupakan pendidik berbangsa Hungari telah melatih anak perempuan mereka secara sistematik dan bersungguh-sungguh sejak awal usia lagi. Ketiga-tiga anak perempuan mereka telah meraih kedudukan 10 tangga teratas di peringkat dunia dalam pertandingan CHESS. Salah seorang anak mereka yang bernama Judit menerima anugerah GRANDMASTER sewaktu usianya  15 tahun lagi.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LATIHAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

  • Sediakan sejumlah waktu yang sesuai untuk bangunkan kemahiran anda. Kajian Ericsson boleh dikatakan seseorang yang mahu menjadi hebat perlukan sekurang-kurangnya 10,000 jam untuk menjadi pakar dalam kemahiran tertentu.
  • Sebuah Aktiviti yang direka untuk membawa diri kita ke satu tahap yang lain. (Lebih Baik)
  • Latihan perlu dipantau atau disemak oleh Guru atau Mentor. Guru tersebut mestilah mampu untuk memberi maklumbalas dan kritikan yang membina supaya pelajar tersebut boleh terus maju.
  • Pelajar mesti melakukan latihan dengan motivasi yang tinggi dan mendapatkan maklumbalas Guru.

5 RAHSIA YANG MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA PELAJAR

  1. Cari Guru yang boleh membimbing anda.
  2. Jangan Berlatih dalam topik yang anda sudah bagus. Sebaliknya berlatih dalam topik yang anda lemah.
  3. Untuk menjadi lebih baik. Anda perlu terima hakikat yang anda lemah dalam topik tersebut. Apabila minda anda sudah terima hakikat ini. Barulah minda akan hantar mesej kepada seluruh badan anda untuk bekerja keras.
  4. Cintai perkara yang anda sedang usahakan. Walaupun bosan atau penat. Anda perlu suka melakukan latihan tersebut.
  5. Tetapkan Matlamat apa yang anda mahu capai. Ingat Minda yang mempunyai hala tuju yang jelas lebih mudah mengarahkan tubuh badan anda untuk bekerja atau belajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *