KUASA NOTA : BAGAIMANA NOTA MEMBANTU PELAJAR

Di dalam Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ saya, Kuasa Nota merupakan Modul yang ke – 4. Seperti dibawah ini.

Apabila saya tanya pelajar-pelajar yang saya jumpa dalam program motivasi, “Bagaimana adik-adik tulis nota ?” “Apakah Teknik Nota yang adik-adik gunakan ?”

Rata-rata boleh dikatakan tidak ada yang menggunakan nota. Ada yang mengharapkan Nota i-Think yang guru mereka suruh lakukan. Ada juga segelintir yang menggunakan Peta Minda. Kira ok la tu… yang saya bimbang bagi mereka yang langsung tidak catat nota atau hasilkan nota.

 

Ramai juga pelajar yang menghasilkan Nota Linear seperti dibawah ini :

 

TAHUKAH ANDA ?

Kualiti Keputusan anda ditentukan dengan Kualiti Nota yang anda hasilkan. (^_^)

 

Di sini saya kongsikan 3 SEBAB BESAR mengapa anda sebagai pelajar perlu menghasilkan NOTA.

  •  NOTA MENJIMATKAN MASA

Apabila anda menghasilkan nota. Anda boleh merujuknya kembali apabila menghampiri peperiksaan. Nota yang anda hasilkan untuk sesuatu topik mungkin mengambil 2 atau 3 muka surat. Ini sangat menjimatkan masa berbanding anda perlu membelek semula Buku Teks sekolah untuk merujuk poin-poin penting.

  • NOTA MENGUKUHKAN INGATAN (MEMORI)

Apabila anda menulis atau mencatat kembali atas nota. Anda sebenarnya mengukuhkan ingatan. Ini sekaligus memantapkan memori anda.

 

  • NOTA MENJADIKAN ANDA FAHAM LEBIH BAIK

Apabila anda telah baca dan hadam poin-poin penting. Anda seterusnya akan mencatat. Ini menjadikan anda lebih memahami sesuatu topik itu dengan baik.

 

PERSOALANNYA : BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN NOTA YANG BAIK ?

Nota yang baik perlulah dihasilkan dengan kaedah yang menggabungkan otak kiri dan kanan. Seperti mana yang kita tahu. Otak Kiri memproses maklumat yang berat seperti nombor, karangan, formula, memahami sesuatu yang khusus dan lain-lain. Otak Kanan pula memproses maklumat seperti emosi, lagu, seni, gambar, imaginasi, pergerakkan dan lain-lain.

 

Untuk itu Gunakan FORMULA KOMAC

K : KEYNOTE

Gunakan Kata kunci sahaja dalam menghasilkan nota anda.

O : OUTSTANDING

Lukis gambar, anak panah, simbol atau apa-apa sahaja yang menjadikan nota anda luar biasa daripada kebiasaan yang hanya sekadar tulisan sahaja. Ini salah satu syarat untuk merangsang otak kanan dan kiri anda.

M : MNEMONIC TRIGGER

Sambil anda menghasilkan nota. Gunakan juga kaedah mnemonic yang membantu anda ingat sesuatu poin penting. Apakah contoh mnemonic ? Bayangkan saya minta anda hafal 5 fakta ini : Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Australia dan Brunei. Mnemonic anda boleh jadi seperti ini : MAk BAgi Indon Aiskrim dan Biskut. Sebenarnya anda boleh buat apa sahaja kaedah Mnemonic asalkan ia boleh bantu anda ingat untuk jangka lama dan pendek.

A : ASSOCIATION

Daripada poin utama kaitkan dengan poin kecil. Poin kecil pula boleh dikaitkan dengan poin seterusnya.

 

C : COLOUR

Gunakan Warna yang berlainan untuk poin-poin tertentu. Warna merangsang otak kanan anda. Pastikan jangan terlalu banyak warna. Cukuplah sekadar 3 warna minimum sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *