TENANG HADAPI PEPERIKSAN DENGAN KUASA “AFFIRMATION”

Ketika di dalam musim peperiksaan ini memang akan berlaku fenomena, pelajar risau dan takut tidak dapat lakukan yang terbaik di dalam ujian nanti. Lebih merisaukan apabila keadaan stres atau takut ini menjadikan pelajar lupa terhadap fakta yang sudah pun dihafalnya sebelum ini.

Bagi mengurangkan tekanan dan kerisauan pelajar. Kuasa “Affirmation” atau di dalam bahasa melayu kita boleh sebut sebagai “Kata-Kata Peneguhan Positif”. Ini dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan tenang menghadapi peperiksaan.

Kajian menunjukkan

  • kata-kata peneguhan positif membuahkan perubahan sikap yang besar (Steele et al.,1993 : Stone & Cooper,2003)
  • Ramai atlet yang berjaya, telah banyak menggunakan kata-kata peneguhan positif berbanding golongan atlet yang tewas selalu. (Sherman & Kim, 2005)
  • Guru yang menggunakan kata-kata peneguhan positif dilihat mempunyai hubungan yang amat baik dengan pelajar.
  • Latihan kata-kata peneguhan positif meningkatkan hormat diri, kepercayaan dan murid lebih optimis. Pelajar mempercayai mereka dapat rileks dengan mendengar kata-kata peneguhan positif terhadap suara diri sendiri. (Robinson, S. 2014)

APAKAH ITU AFFIRMATION ?

Affirmation atau afirmasi ialah kata-kata peneguhan positif yang pelajar boleh amalkan terhadap diri sendiri. Antaranya ialah seperti :

  • Saya seorang pelajar yang cemerlang
  • Saya boleh lakukan perkara ini
  • Saya mudah hafal dan mudah jawab soalan
  • Saya yakin terhadap diri saya

Dan banyak lagi….

Syaratnya ialah kata-kata peneguhan positif diri anda wajib terdiri daripada unsur-unsur seperti

(1) Perkataan atau ayat positif. Contohnya : Saya boleh, Saya mampu, Saya sudah…

(2) Bersifat boleh dicapai bukan fantasi atau bombastik. Contohnya : Saya boleh hafal dengan mudah, Saya mampu jawab karangan dengan mudah, Saya sudah mencapai matlamat saya….

(3) Berbentuk menampakkan hasil. Contohnya : Saya boleh hafal 15 fakta dalam masa 2 minit, Saya mampu jawab karangan Bahasa Melayu dengan mudah, Saya sudah mencapai matlamat saya untuk dapat A dalam Bahasa Melayu.

Semoga bermanfaat.

===========================================================

Untuk pertanyaan atau jemputan bagi menjayakan Program Motivasi & Kemahiran Best Belajar™ di lokasi anda Whatsapp ke 019 – 211 12 85

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *