KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Kajian menunjukkan bahawa TIDUR bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah ianya baik untuk MEMORI anda. 

Dr. Jose dari leehealth.org menyatakan bahawa “tidur bukan sahaja baik untuk rehat tetapi untuk memori”. Jika begitu, ini bermaksud, apabila seseorang pelajar tidak cukup tidur. ianya boleh memberi kesan kepada memori jangka pendek dan panjang mereka.

Dr. Jose menambah lagi “Apabila kita tidur, kita akan memasuki fasa REM (Rapid Eye Movement). Fasa ini menjadikan emosi dan memori bersatu untuk menjadikannya ke arah memori jangka panjang.” Sekiranya proses ini tidak berlaku dengan baik. Ianya memang akan memberi kesan kepada memori anda. Jika kita ikut tempoh masa, kitaran REM berlaku setiap 90 minit. Jadi jika anda tidak cukup tidur sebagai contoh hanya tidur 2 jam. Anda hanya akan lalui satu kitaran REM sahaja berbanding pelajar lain yang tidur 8 jam. Mereka mungkin berpeluang untuk melalui kitaran REM lebih kurang sebanyak 5 kali.

Rujukan Youtube Dr. Jose boleh ditonton di sini

Di dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh Fred Danner, PhD dari Universiti Kentucky. Beliau telah fokuskan kajiannya kepada 882 pelajar (high school).  Berdasarkan hasil kajian, pelajar yang tidur 7.6 jam pada hari bersekolah telah menunjukkan keputusan akademik yang positif serta mempunyai daya motivasi yang baik. Mereka juga tidak ada masalah emosi atau ADHD.

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Maka dengan ini dapat kita simpulkan bahawa :

PERTAMA

Tidur yang cukup lebih kurang 7-8 jam. Otak kita akan lalui proses REM lebih kurang 5 – 6 kali. REM menjadikan emosi dan memori menjadi sebati dalam minda kita. Seterusnya menjadikan seseorang itu lebih cekap dalam proses ingatan dan hafalan.

KEDUA

Pelajar yang tidur cukup akan mempunyai daya motivasi yang lebih tinggi (dengan dorongan yang betul), mempunyai kebarangkalian untuk mencapai keputusan yang baik (dengan kemahiran belajar yang betul) serta kurang bermasalah dalam hal-hal yang melibatkan emosi negatif dan ADHD.

PETUA MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur selama 7 jam ini akan memberikan anda kesegaran di pagi hari. Sebagai orang islam, anda boleh solat tahajud atau lakukan perkara yang bermanfaat dipagi hari. Jika anda beragama lain lakukan perkara yang bersesuaian. 

Bersenam 20 ke 30 minit setiap hari. Ini bagi memastikan anda akan penat di malam hari dan boleh tidur cepat.

Elakkan minum kopi atau minuman yang tinggi dengan kafein.

Anda boleh juga baca buku 30 minit sebelum tidur supaya mata anda jadi berat dan mendorong diri anda untuk tidur. Namun petua ini ada bahaya juga. Takut setiap kali baca buku di waktu siang hari anda akan mengantuk dan terprogram untuk tidur pula. Jadi hati-hati ya.

Pastikan bilik anda gelap sepenuhnya untuk tidur. Jangan nyalakan lampu kecil atau sebarang cahaya supaya badan kita tidak peka terhadap rangsangan cahaya dan otak kita tidak terima signal tersebut.

 

Semoga bermanfaat.

====================================================================

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *