PETUA SKOR EXAM

Berikut merupakan beberapa strategi yang boleh digunakan oleh anda untuk skor dalam exam akan datang.

  1. FOKUS SATU SUBJEK SATU MALAM
Sumber : Youtube Allyna Wong

Anda digalakkan untuk fokus satu subjek setiap hari di waktu malam. Fokus untuk belajar atau buat latihan sekurang-kurangnya 1 jam atau 2 jam. Ingat Konsisten ialah rahsia besar untuk berjaya.

Gigi kita tidak jadi sihat dengan hanya berjumpa doktor sekali. Tetapi tindakan kita menggosok gigi setiap hari antara 2 ke 5 minit setiap hari itulah yang menjadikan gigi bersih dan sihat. CONSISTENT is the key.

2. TULIS FAKTA/FORMULA DALAM SATU BUKU

Segala FAKTA atau FORMULA yang anda rasakan penting atau guru kata penting atau tertera dalam buku teks secara jelas. Tulis dalam satu buku nota yang berasingan. Jadikannya sebagai satu kitab yang anda perlu lihat setiap hari atau selalu supaya fakta/formula tersebut melekat dalam otak anda.

3. TULIS NOTA SENDIRI DAN FAILKANNYA

Anda digalakkan untuk menulis nota sendiri dan simpan dalam satu fail. Anda sangat-sangat digalakkan untuk tulis sendiri. Jangan cetak atau fotostat. Apabila anda tulis daya ingatan menjadi lebih baik berbanding cetak dari komputer atau fotostat.

4. BERANIKAN DIRI TANYA SOALAN

Dalam kelas atau di luar kelas. Beranikan diri tanya soalan. Sebaiknya tanya pada guru jika anda tidak faham. Jika malu-malu kucing, tanyalah pada kawan. Jika kawan rapat tak dapat terangkan atau fahamkan anda. Tanya pada kawan lain.

5. TONTON PETUA BELAJAR ALLYNA WONG

Allyna Wong merupakan bekas pelajar SMK Cheras. perkongsian tip belajar yang dilakukan beliau mungkin boleh digunakan oleh anda juga.

Semoga bermanfaat.

===============================================================

Anda serius dalam menjadikan pelajar sekolah anda mahir dalam Kemahiran Belajar ? Mahukan Program Motivasi yang berbeza dan Berkesan ? Hubungi kami untuk urusan jemputan atau pertanyaan dengan whatsapp terus di talian 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)

CADANGAN ULANGKAJI MENGIKUT TEORI KELUPAAN

TAHUKAH ANDA ?

Pada tahun 1939, Spitzer telah melakukan satu kajian tentang “TEORI KELUPAAN” pada diri seseorang. Teori ini dikenali dalam Bahasa Inggeris dengan nama “Theory of Decey”. Hasil daripada kajian ini, Spitzer telah menyimpulkan semakin lama selepas waktu kali pertama kita belajar suatu ilmu, semakin lupa akan jadi seseorang itu.

Jadual dibawah menunjukkan peratus kelupaan yang boleh terjadi sekiranya seorang pelajar tidak ulangkaji selepas belajar topik baru.

Sumber : Taufik Tea, Inspiring Learning : 5 Jurus Menjadi Jenius

 

Mengikut jadual diatas kita hanya mampu ingat 19% setelah 28 hari. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku. Seorang pelajar disarankan untuk mengulangkaji secepat mungkin supaya ingatannya lebih kukuh.

Jadual dibawah ini merupakan cadangan ulangkaji yang pelajar boleh lakukan supaya Kuasa Memorinya lebih kuat.

 

 

Galakkan diri untuk ulangkaji sesuatu topik yang telah dipelajari sebanyak 4 kali mengikut tempoh masa yang dicadangkan diatas. Jadual diatas bukanlah suatu jaminan yang menentukan anda akan berjaya. Namun ianya sebagai “Guideline” supaya peratus daya ingatan anda menjadi lebih baik dan sekaligus menjadikan anda seorang pelajar yang belajar sebelum menghadapi peperiksaan.

Semoga bermanfaat.

============================================================================

SYED FAIZAL BERSAMA PRA-U SMK PERIMBUN

 

Alhamdullillah, pada 8 Mei 2019 yang lalu saya dijemput oleh Unit Kaunseling, SMK Perimbun bagi memotivasikan pelajar Tingkatan 6 atau PRA-U mereka. Antara poin yang saya telah sentuh ialah :

  • Pilihan STPM lebih baik daripada Matrik dan Diploma
  • Ciptalah Masa depan daripada Masa depan
  • Berkongsi pengalaman saya yang pernah GAGAL SPM kemudian bangkit kembali hingga ke tahap ini.
  • Aktiviti menulis matlamat mengikut acuan Best Belajar™
  • Perkongsian kisah-kisah kejayaan alumni Best Belajar™ yang berjaya dengan teknik yang saya telah kongsikan pada mereka.

Syukur, di akhir program saya dapat lihat wajah puas hati adik-adik PRA-U ini dengan pengisian dan pengendalian yang saya telah jalankan. Dimaklumkan juga unit kaunseling mahu  jemput saya untuk program tingkatan lain pula. (^_^)

Antara #MomenBestBelajar yang menarik bagi saya sewaktu mengendalikan program ini ialah apabila saya bertanya kepada salah seorang pelajar lelaki yang duduk dihadapan sekali. Namanya Loqman.

Saya : “Loqman memang pilihan STPM yang pertama ke ?”

Loqman : “Ya Bang”

Saya : “Kenapa pilih STPM ?”

Loqman : “Saya sempat kerja di beberapa tempat sebelum ini, saya lihat majikan saya tu bayar gaji budak STPM lebih tinggi daripada budak Diploma”

Saya “ Wowww…. terdetik dalam hati… budak diploma dahlah belajar 3 tahun… tinggal berjauhan, duit keluar banyak, yuran dah mahal dari STPM dan ada pula yang ambil PTPTN kena bayar balik hutang tu…”  selepas beberapa saat “Lebih STPM”…. (monolog dalam hati….)

 

Di dalam program ini juga saya telah kongsikan komen-komen dan pandangan rakan-rakan FB antaranya ialah :

 

Semoga bermanfaat….

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Kajian menunjukkan bahawa TIDUR bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah ianya baik untuk MEMORI anda. 

Dr. Jose dari leehealth.org menyatakan bahawa “tidur bukan sahaja baik untuk rehat tetapi untuk memori”. Jika begitu, ini bermaksud, apabila seseorang pelajar tidak cukup tidur. ianya boleh memberi kesan kepada memori jangka pendek dan panjang mereka.

Dr. Jose menambah lagi “Apabila kita tidur, kita akan memasuki fasa REM (Rapid Eye Movement). Fasa ini menjadikan emosi dan memori bersatu untuk menjadikannya ke arah memori jangka panjang.” Sekiranya proses ini tidak berlaku dengan baik. Ianya memang akan memberi kesan kepada memori anda. Jika kita ikut tempoh masa, kitaran REM berlaku setiap 90 minit. Jadi jika anda tidak cukup tidur sebagai contoh hanya tidur 2 jam. Anda hanya akan lalui satu kitaran REM sahaja berbanding pelajar lain yang tidur 8 jam. Mereka mungkin berpeluang untuk melalui kitaran REM lebih kurang sebanyak 5 kali.

Rujukan Youtube Dr. Jose boleh ditonton di sini

Di dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh Fred Danner, PhD dari Universiti Kentucky. Beliau telah fokuskan kajiannya kepada 882 pelajar (high school).  Berdasarkan hasil kajian, pelajar yang tidur 7.6 jam pada hari bersekolah telah menunjukkan keputusan akademik yang positif serta mempunyai daya motivasi yang baik. Mereka juga tidak ada masalah emosi atau ADHD.

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Maka dengan ini dapat kita simpulkan bahawa :

PERTAMA

Tidur yang cukup lebih kurang 7-8 jam. Otak kita akan lalui proses REM lebih kurang 5 – 6 kali. REM menjadikan emosi dan memori menjadi sebati dalam minda kita. Seterusnya menjadikan seseorang itu lebih cekap dalam proses ingatan dan hafalan.

KEDUA

Pelajar yang tidur cukup akan mempunyai daya motivasi yang lebih tinggi (dengan dorongan yang betul), mempunyai kebarangkalian untuk mencapai keputusan yang baik (dengan kemahiran belajar yang betul) serta kurang bermasalah dalam hal-hal yang melibatkan emosi negatif dan ADHD.

PETUA MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur selama 7 jam ini akan memberikan anda kesegaran di pagi hari. Sebagai orang islam, anda boleh solat tahajud atau lakukan perkara yang bermanfaat dipagi hari. Jika anda beragama lain lakukan perkara yang bersesuaian. 

Bersenam 20 ke 30 minit setiap hari. Ini bagi memastikan anda akan penat di malam hari dan boleh tidur cepat.

Elakkan minum kopi atau minuman yang tinggi dengan kafein.

Anda boleh juga baca buku 30 minit sebelum tidur supaya mata anda jadi berat dan mendorong diri anda untuk tidur. Namun petua ini ada bahaya juga. Takut setiap kali baca buku di waktu siang hari anda akan mengantuk dan terprogram untuk tidur pula. Jadi hati-hati ya.

Pastikan bilik anda gelap sepenuhnya untuk tidur. Jangan nyalakan lampu kecil atau sebarang cahaya supaya badan kita tidak peka terhadap rangsangan cahaya dan otak kita tidak terima signal tersebut.

 

Semoga bermanfaat.

====================================================================

 

TENANG HADAPI PEPERIKSAN DENGAN KUASA “AFFIRMATION”

Ketika di dalam musim peperiksaan ini memang akan berlaku fenomena, pelajar risau dan takut tidak dapat lakukan yang terbaik di dalam ujian nanti. Lebih merisaukan apabila keadaan stres atau takut ini menjadikan pelajar lupa terhadap fakta yang sudah pun dihafalnya sebelum ini.

Bagi mengurangkan tekanan dan kerisauan pelajar. Kuasa “Affirmation” atau di dalam bahasa melayu kita boleh sebut sebagai “Kata-Kata Peneguhan Positif”. Ini dapat membantu pelajar untuk lebih fokus dan tenang menghadapi peperiksaan.

Kajian menunjukkan

  • kata-kata peneguhan positif membuahkan perubahan sikap yang besar (Steele et al.,1993 : Stone & Cooper,2003)
  • Ramai atlet yang berjaya, telah banyak menggunakan kata-kata peneguhan positif berbanding golongan atlet yang tewas selalu. (Sherman & Kim, 2005)
  • Guru yang menggunakan kata-kata peneguhan positif dilihat mempunyai hubungan yang amat baik dengan pelajar.
  • Latihan kata-kata peneguhan positif meningkatkan hormat diri, kepercayaan dan murid lebih optimis. Pelajar mempercayai mereka dapat rileks dengan mendengar kata-kata peneguhan positif terhadap suara diri sendiri. (Robinson, S. 2014)

APAKAH ITU AFFIRMATION ?

Affirmation atau afirmasi ialah kata-kata peneguhan positif yang pelajar boleh amalkan terhadap diri sendiri. Antaranya ialah seperti :

  • Saya seorang pelajar yang cemerlang
  • Saya boleh lakukan perkara ini
  • Saya mudah hafal dan mudah jawab soalan
  • Saya yakin terhadap diri saya

Dan banyak lagi….

Syaratnya ialah kata-kata peneguhan positif diri anda wajib terdiri daripada unsur-unsur seperti

(1) Perkataan atau ayat positif. Contohnya : Saya boleh, Saya mampu, Saya sudah…

(2) Bersifat boleh dicapai bukan fantasi atau bombastik. Contohnya : Saya boleh hafal dengan mudah, Saya mampu jawab karangan dengan mudah, Saya sudah mencapai matlamat saya….

(3) Berbentuk menampakkan hasil. Contohnya : Saya boleh hafal 15 fakta dalam masa 2 minit, Saya mampu jawab karangan Bahasa Melayu dengan mudah, Saya sudah mencapai matlamat saya untuk dapat A dalam Bahasa Melayu.

Semoga bermanfaat.

===========================================================

Untuk pertanyaan atau jemputan bagi menjayakan Program Motivasi & Kemahiran Best Belajar™ di lokasi anda Whatsapp ke 019 – 211 12 85