SYED FAIZAL BERSAMA PRA-U SMK PERIMBUN

 

Alhamdullillah, pada 8 Mei 2019 yang lalu saya dijemput oleh Unit Kaunseling, SMK Perimbun bagi memotivasikan pelajar Tingkatan 6 atau PRA-U mereka. Antara poin yang saya telah sentuh ialah :

  • Pilihan STPM lebih baik daripada Matrik dan Diploma
  • Ciptalah Masa depan daripada Masa depan
  • Berkongsi pengalaman saya yang pernah GAGAL SPM kemudian bangkit kembali hingga ke tahap ini.
  • Aktiviti menulis matlamat mengikut acuan Best Belajar™
  • Perkongsian kisah-kisah kejayaan alumni Best Belajar™ yang berjaya dengan teknik yang saya telah kongsikan pada mereka.

Syukur, di akhir program saya dapat lihat wajah puas hati adik-adik PRA-U ini dengan pengisian dan pengendalian yang saya telah jalankan. Dimaklumkan juga unit kaunseling mahu  jemput saya untuk program tingkatan lain pula. (^_^)

Antara #MomenBestBelajar yang menarik bagi saya sewaktu mengendalikan program ini ialah apabila saya bertanya kepada salah seorang pelajar lelaki yang duduk dihadapan sekali. Namanya Loqman.

Saya : “Loqman memang pilihan STPM yang pertama ke ?”

Loqman : “Ya Bang”

Saya : “Kenapa pilih STPM ?”

Loqman : “Saya sempat kerja di beberapa tempat sebelum ini, saya lihat majikan saya tu bayar gaji budak STPM lebih tinggi daripada budak Diploma”

Saya “ Wowww…. terdetik dalam hati… budak diploma dahlah belajar 3 tahun… tinggal berjauhan, duit keluar banyak, yuran dah mahal dari STPM dan ada pula yang ambil PTPTN kena bayar balik hutang tu…”  selepas beberapa saat “Lebih STPM”…. (monolog dalam hati….)

 

Di dalam program ini juga saya telah kongsikan komen-komen dan pandangan rakan-rakan FB antaranya ialah :

 

Semoga bermanfaat….

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Kajian menunjukkan bahawa TIDUR bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah ianya baik untuk MEMORI anda. 

Dr. Jose dari leehealth.org menyatakan bahawa “tidur bukan sahaja baik untuk rehat tetapi untuk memori”. Jika begitu, ini bermaksud, apabila seseorang pelajar tidak cukup tidur. ianya boleh memberi kesan kepada memori jangka pendek dan panjang mereka.

Dr. Jose menambah lagi “Apabila kita tidur, kita akan memasuki fasa REM (Rapid Eye Movement). Fasa ini menjadikan emosi dan memori bersatu untuk menjadikannya ke arah memori jangka panjang.” Sekiranya proses ini tidak berlaku dengan baik. Ianya memang akan memberi kesan kepada memori anda. Jika kita ikut tempoh masa, kitaran REM berlaku setiap 90 minit. Jadi jika anda tidak cukup tidur sebagai contoh hanya tidur 2 jam. Anda hanya akan lalui satu kitaran REM sahaja berbanding pelajar lain yang tidur 8 jam. Mereka mungkin berpeluang untuk melalui kitaran REM lebih kurang sebanyak 5 kali.

Rujukan Youtube Dr. Jose boleh ditonton di sini

Di dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh Fred Danner, PhD dari Universiti Kentucky. Beliau telah fokuskan kajiannya kepada 882 pelajar (high school).  Berdasarkan hasil kajian, pelajar yang tidur 7.6 jam pada hari bersekolah telah menunjukkan keputusan akademik yang positif serta mempunyai daya motivasi yang baik. Mereka juga tidak ada masalah emosi atau ADHD.

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Maka dengan ini dapat kita simpulkan bahawa :

PERTAMA

Tidur yang cukup lebih kurang 7-8 jam. Otak kita akan lalui proses REM lebih kurang 5 – 6 kali. REM menjadikan emosi dan memori menjadi sebati dalam minda kita. Seterusnya menjadikan seseorang itu lebih cekap dalam proses ingatan dan hafalan.

KEDUA

Pelajar yang tidur cukup akan mempunyai daya motivasi yang lebih tinggi (dengan dorongan yang betul), mempunyai kebarangkalian untuk mencapai keputusan yang baik (dengan kemahiran belajar yang betul) serta kurang bermasalah dalam hal-hal yang melibatkan emosi negatif dan ADHD.

PETUA MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur selama 7 jam ini akan memberikan anda kesegaran di pagi hari. Sebagai orang islam, anda boleh solat tahajud atau lakukan perkara yang bermanfaat dipagi hari. Jika anda beragama lain lakukan perkara yang bersesuaian. 

Bersenam 20 ke 30 minit setiap hari. Ini bagi memastikan anda akan penat di malam hari dan boleh tidur cepat.

Elakkan minum kopi atau minuman yang tinggi dengan kafein.

Anda boleh juga baca buku 30 minit sebelum tidur supaya mata anda jadi berat dan mendorong diri anda untuk tidur. Namun petua ini ada bahaya juga. Takut setiap kali baca buku di waktu siang hari anda akan mengantuk dan terprogram untuk tidur pula. Jadi hati-hati ya.

Pastikan bilik anda gelap sepenuhnya untuk tidur. Jangan nyalakan lampu kecil atau sebarang cahaya supaya badan kita tidak peka terhadap rangsangan cahaya dan otak kita tidak terima signal tersebut.

 

Semoga bermanfaat.

====================================================================

 

BEST BELAJAR | PELAJAR GUNAKAN KAEDAH M.U.R.D.E.R DALAM KELAS

Menjadi salah satu CABARAN besar bagi setiap pelajar untuk memberikan konsentrasi di dalam kelas sewaktu guru mengajar di hadapan. Pelajar perlu mempunyai satu metod atau proses “Step-By-Step” untuk mempersediakan mereka bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam kelas, pelajar yang duduk di hadapan boleh dilihat sebagai pelajar yang baik dan yang memberikan sepenuh perhatian kerana mereka dekat dengan guru manakala pelajar yang duduk di hujung pula mungkin dikategorikan sebagai pelajar yang kurang memberikan perhatian. Amalkan KAEDAH M.U.R.D.E.R ini apabila anda mahu memulakan pelajaran anda di dalam kelas.

SISTEM M.U.R.D.E.R

M : MOOD 

Demi memulakan pelajaran. Anda perlu sedar apakah mood yang anda sedang berada sekarang. Jika negatif. Positifkannya.

Jika positif. Positif yang bagaimana ? Adakah anda terlalu happy ? Terlalu Excited ? Pastikan anda berada dalam keadaan sederhana sahaja. Jangan terlalu happy dan terlalu sedih atau marah. Pembelajaran berlaku apabila seorang pelajar berada dalam keadaan yang sederhana seronok dan mempunyai MATLAMAT. That’s what sets you in the mood.

U : UNDERSTAND

Fahami apa yang guru anda sedang sampaikan. untuk UNDERSTAND anda perlu lakukan 3 proses tambahan ini. LISTEN -> NOTE DOWN -> ASK. Apabila guru mengajar. Dengar baik-baik (Listen). Tulis sebarang poin yang anda tidak faham (Note Down). Tanya pada cikgu poin yang anda telah catat tadi (Ask). Kita akan lebih faham apabila kita bertanya. Belajarlah bertanya wahai pelajar….

R : RECALL

Setelah faham. Cuba ingat semula poin-poin yang guru anda telah ajar. Mungkin juga poin-poin atau fakta yang anda sendiri telah baca di dalam kelas tadi. Gunakan imaginasi anda. Boleh juga anda tanya soalan pada diri anda sendiri. Soalan membuatkan diri kita menjadi “Curious” rasa ingin tahu. Apabila ingin tahu. Kita pasti mahukan jawapannya.

D : DIGEST

Apabila anda sudah faham. Sudah mampu untuk mengingati kembali fakta atau poin penting. Kini masa untuk MENGHADAM (Digest) apa yang anda telah pelajari. Untuk HADAM apa yang anda telah pelajari gunakan 2 Teknik ini. Tanya kembali pada diri “Adakah aku benar-benar sudah faham tentang ini ?” Kedua tanya pada kawan “Apa yang kau faham tentang ini”.

E : EXPAND

Ini adalah satu bahagian yang saya sangat suka. Expand di sini bermaksud. Sekiranya anda mengajar atau berkongsi dengan rakan-rakan lain. Apakah yang anda akan lakukan ? Apakah poin atau fakta yang anda mahu cakap kepada mereka. Apabila kita belajar untuk diri kita, motivasi belajar kita mungkin tidak setinggi mana. Namun apabila kita belajar untuk mengajar. Motivasi diri kita pastinya berbeza. Cuba berkongsi ilmu dan fakta yang anda telah pelajari kepada rakan-rakan lain pula. Cubalah!!! Oh ya… sebaiknya berkongsi dengan kawan yang sudi mendengar dan mahu belajar. Jangan buang masa dengan mereka yang tiada matlamat belajar. (^_*)

R : REVIEW

Gunakan Teknik Nota i-Think untuk “review” apa yang anda telah belajar di rumah nanti. Tak suka Nota Peta i-Think. Guna sahaja apa-apa teknik asalkan anda boleh catat dalam nota anda. Ingat !! Tiada kejayaan semudah petik jari sahaja…. It will be hard…. but the price will be priceless once you succeed later. All the best guys…. (^_*)

 

Semoga bermanfaat. Mohon kongsi dengan anak-anak atau rakan guru dan ibubapa anda.

BEST BELAJAR™ @ SEK. KEB. CONVENT, BUKIT MERTAJAM

 

Ahamdulillah, pada 7 Mei 2018 yang lepas, saya telah dijemput oleh Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Convent, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menjayakan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ bersama seluruh pelajar tahun 6 di sana.

 

Antara Topik, teknik dan poin yang saya telah berkongsi dengan para pelajar ialah :

+ Cara Belajar yang Sepatutnya

+ Kekuatan Otak Kiri & Kanan

+ Kemahiran Menghafal Fakta dengan Sistem Movie Best Belajar™

+ Aktiviti Pengukuhan dengan Gamifikasi “Command & Conquer”

 

Syukur respon yang diterima daripada pentadbir sekolah amat memberangsangkan. Guru Besar Puas Hati. Kaunselor Puas Hati. Pelajar lagilah seronok dan puas. Ini bukan kenyataan “Syok Sendiri” ya. Memang dinyatakan sendiri oleh mereka.

Di akhir program. Saya dengan beraninya bertanya kepada pelajar. “Adik-adik andai kata kalau program hari ini bersama  Cikgu Syed bernilai RM10 seorang. Berbaloi tak ?”

Beberapa pelajar menjawab “Tidak”

 

Mula – mula saya terkejut. Biar betul budak-budak ini. Rupa-rupanya, maksud mereka ialah kalau RM50 baru berbaloi untuk nilai yang diberikan oleh Cikgu Syed. Saksi Kejadian ialah Guru Besar, Kaunselor Cikgu Farahiyah dan beberapa orang guru di belakang dewan.

Semoga teknik dan ilmu yang dikongsikan melalui Sistem Best Belajar™ benar-benar memberikan manfaat kepada para pelajar semua.

BERGAMBAR RAMAI-RAMAI SELEPAS SELESAI PROGRAM MOTIVASI SISTEM BEST BELAJAR™
MENERIMA HADIAH DARI BOS (GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM)
ADIK-ADIK PELAJAR TAHUN 6 SEDANG MENJALANI AKTIVITI GAMIFIKASI EDISI (COMMAND & CONQUER)

 

KUASA NOTA : BAGAIMANA NOTA MEMBANTU PELAJAR

Di dalam Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ saya, Kuasa Nota merupakan Modul yang ke – 4. Seperti dibawah ini.

Apabila saya tanya pelajar-pelajar yang saya jumpa dalam program motivasi, “Bagaimana adik-adik tulis nota ?” “Apakah Teknik Nota yang adik-adik gunakan ?”

Rata-rata boleh dikatakan tidak ada yang menggunakan nota. Ada yang mengharapkan Nota i-Think yang guru mereka suruh lakukan. Ada juga segelintir yang menggunakan Peta Minda. Kira ok la tu… yang saya bimbang bagi mereka yang langsung tidak catat nota atau hasilkan nota.

 

Ramai juga pelajar yang menghasilkan Nota Linear seperti dibawah ini :

 

TAHUKAH ANDA ?

Kualiti Keputusan anda ditentukan dengan Kualiti Nota yang anda hasilkan. (^_^)

 

Di sini saya kongsikan 3 SEBAB BESAR mengapa anda sebagai pelajar perlu menghasilkan NOTA.

  •  NOTA MENJIMATKAN MASA

Apabila anda menghasilkan nota. Anda boleh merujuknya kembali apabila menghampiri peperiksaan. Nota yang anda hasilkan untuk sesuatu topik mungkin mengambil 2 atau 3 muka surat. Ini sangat menjimatkan masa berbanding anda perlu membelek semula Buku Teks sekolah untuk merujuk poin-poin penting.

  • NOTA MENGUKUHKAN INGATAN (MEMORI)

Apabila anda menulis atau mencatat kembali atas nota. Anda sebenarnya mengukuhkan ingatan. Ini sekaligus memantapkan memori anda.

 

  • NOTA MENJADIKAN ANDA FAHAM LEBIH BAIK

Apabila anda telah baca dan hadam poin-poin penting. Anda seterusnya akan mencatat. Ini menjadikan anda lebih memahami sesuatu topik itu dengan baik.

 

PERSOALANNYA : BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN NOTA YANG BAIK ?

Nota yang baik perlulah dihasilkan dengan kaedah yang menggabungkan otak kiri dan kanan. Seperti mana yang kita tahu. Otak Kiri memproses maklumat yang berat seperti nombor, karangan, formula, memahami sesuatu yang khusus dan lain-lain. Otak Kanan pula memproses maklumat seperti emosi, lagu, seni, gambar, imaginasi, pergerakkan dan lain-lain.

 

Untuk itu Gunakan FORMULA KOMAC

K : KEYNOTE

Gunakan Kata kunci sahaja dalam menghasilkan nota anda.

O : OUTSTANDING

Lukis gambar, anak panah, simbol atau apa-apa sahaja yang menjadikan nota anda luar biasa daripada kebiasaan yang hanya sekadar tulisan sahaja. Ini salah satu syarat untuk merangsang otak kanan dan kiri anda.

M : MNEMONIC TRIGGER

Sambil anda menghasilkan nota. Gunakan juga kaedah mnemonic yang membantu anda ingat sesuatu poin penting. Apakah contoh mnemonic ? Bayangkan saya minta anda hafal 5 fakta ini : Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Australia dan Brunei. Mnemonic anda boleh jadi seperti ini : MAk BAgi Indon Aiskrim dan Biskut. Sebenarnya anda boleh buat apa sahaja kaedah Mnemonic asalkan ia boleh bantu anda ingat untuk jangka lama dan pendek.

A : ASSOCIATION

Daripada poin utama kaitkan dengan poin kecil. Poin kecil pula boleh dikaitkan dengan poin seterusnya.

 

C : COLOUR

Gunakan Warna yang berlainan untuk poin-poin tertentu. Warna merangsang otak kanan anda. Pastikan jangan terlalu banyak warna. Cukuplah sekadar 3 warna minimum sahaja.