BEST BELAJAR™ @ SEK. KEB. CONVENT, BUKIT MERTAJAM

 

Ahamdulillah, pada 7 Mei 2018 yang lepas, saya telah dijemput oleh Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Convent, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menjayakan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ bersama seluruh pelajar tahun 6 di sana.

 

Antara Topik, teknik dan poin yang saya telah berkongsi dengan para pelajar ialah :

+ Cara Belajar yang Sepatutnya

+ Kekuatan Otak Kiri & Kanan

+ Kemahiran Menghafal Fakta dengan Sistem Movie Best Belajar™

+ Aktiviti Pengukuhan dengan Gamifikasi “Command & Conquer”

 

Syukur respon yang diterima daripada pentadbir sekolah amat memberangsangkan. Guru Besar Puas Hati. Kaunselor Puas Hati. Pelajar lagilah seronok dan puas. Ini bukan kenyataan “Syok Sendiri” ya. Memang dinyatakan sendiri oleh mereka.

Di akhir program. Saya dengan beraninya bertanya kepada pelajar. “Adik-adik andai kata kalau program hari ini bersama  Cikgu Syed bernilai RM10 seorang. Berbaloi tak ?”

Beberapa pelajar menjawab “Tidak”

 

Mula – mula saya terkejut. Biar betul budak-budak ini. Rupa-rupanya, maksud mereka ialah kalau RM50 baru berbaloi untuk nilai yang diberikan oleh Cikgu Syed. Saksi Kejadian ialah Guru Besar, Kaunselor Cikgu Farahiyah dan beberapa orang guru di belakang dewan.

Semoga teknik dan ilmu yang dikongsikan melalui Sistem Best Belajar™ benar-benar memberikan manfaat kepada para pelajar semua.

BERGAMBAR RAMAI-RAMAI SELEPAS SELESAI PROGRAM MOTIVASI SISTEM BEST BELAJAR™
MENERIMA HADIAH DARI BOS (GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM)
ADIK-ADIK PELAJAR TAHUN 6 SEDANG MENJALANI AKTIVITI GAMIFIKASI EDISI (COMMAND & CONQUER)

 

KUASA NOTA : BAGAIMANA NOTA MEMBANTU PELAJAR

Di dalam Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ saya, Kuasa Nota merupakan Modul yang ke – 4. Seperti dibawah ini.

Apabila saya tanya pelajar-pelajar yang saya jumpa dalam program motivasi, “Bagaimana adik-adik tulis nota ?” “Apakah Teknik Nota yang adik-adik gunakan ?”

Rata-rata boleh dikatakan tidak ada yang menggunakan nota. Ada yang mengharapkan Nota i-Think yang guru mereka suruh lakukan. Ada juga segelintir yang menggunakan Peta Minda. Kira ok la tu… yang saya bimbang bagi mereka yang langsung tidak catat nota atau hasilkan nota.

 

Ramai juga pelajar yang menghasilkan Nota Linear seperti dibawah ini :

 

TAHUKAH ANDA ?

Kualiti Keputusan anda ditentukan dengan Kualiti Nota yang anda hasilkan. (^_^)

 

Di sini saya kongsikan 3 SEBAB BESAR mengapa anda sebagai pelajar perlu menghasilkan NOTA.

  •  NOTA MENJIMATKAN MASA

Apabila anda menghasilkan nota. Anda boleh merujuknya kembali apabila menghampiri peperiksaan. Nota yang anda hasilkan untuk sesuatu topik mungkin mengambil 2 atau 3 muka surat. Ini sangat menjimatkan masa berbanding anda perlu membelek semula Buku Teks sekolah untuk merujuk poin-poin penting.

  • NOTA MENGUKUHKAN INGATAN (MEMORI)

Apabila anda menulis atau mencatat kembali atas nota. Anda sebenarnya mengukuhkan ingatan. Ini sekaligus memantapkan memori anda.

 

  • NOTA MENJADIKAN ANDA FAHAM LEBIH BAIK

Apabila anda telah baca dan hadam poin-poin penting. Anda seterusnya akan mencatat. Ini menjadikan anda lebih memahami sesuatu topik itu dengan baik.

 

PERSOALANNYA : BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN NOTA YANG BAIK ?

Nota yang baik perlulah dihasilkan dengan kaedah yang menggabungkan otak kiri dan kanan. Seperti mana yang kita tahu. Otak Kiri memproses maklumat yang berat seperti nombor, karangan, formula, memahami sesuatu yang khusus dan lain-lain. Otak Kanan pula memproses maklumat seperti emosi, lagu, seni, gambar, imaginasi, pergerakkan dan lain-lain.

 

Untuk itu Gunakan FORMULA KOMAC

K : KEYNOTE

Gunakan Kata kunci sahaja dalam menghasilkan nota anda.

O : OUTSTANDING

Lukis gambar, anak panah, simbol atau apa-apa sahaja yang menjadikan nota anda luar biasa daripada kebiasaan yang hanya sekadar tulisan sahaja. Ini salah satu syarat untuk merangsang otak kanan dan kiri anda.

M : MNEMONIC TRIGGER

Sambil anda menghasilkan nota. Gunakan juga kaedah mnemonic yang membantu anda ingat sesuatu poin penting. Apakah contoh mnemonic ? Bayangkan saya minta anda hafal 5 fakta ini : Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Australia dan Brunei. Mnemonic anda boleh jadi seperti ini : MAk BAgi Indon Aiskrim dan Biskut. Sebenarnya anda boleh buat apa sahaja kaedah Mnemonic asalkan ia boleh bantu anda ingat untuk jangka lama dan pendek.

A : ASSOCIATION

Daripada poin utama kaitkan dengan poin kecil. Poin kecil pula boleh dikaitkan dengan poin seterusnya.

 

C : COLOUR

Gunakan Warna yang berlainan untuk poin-poin tertentu. Warna merangsang otak kanan anda. Pastikan jangan terlalu banyak warna. Cukuplah sekadar 3 warna minimum sahaja.

BEST BELAJAR™ | 5 RAHSIA YANG MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA PELAJAR

Pada tahun 2007 3 orang ahli psikologi K. Anders Ericson, Michael J. Prietula dan Edward T. Cokely telah menerbitkan artikel berkenaan “Making of an Expert” yang membawa maksud Mencipta seorang Pakar (Proses Menghasilkan seseorang yang hebat) di dalam Harvard Business Review. Mereka membuktikan bahawa untuk menjadi seseorang yang hebat, ianya tidak datang daripada bakat semulajadi. Tetapi daripada latihan yang bersungguh-sungguh dan berfokus bertahun-tahun.

Ini juga sekaligus menafikan pendapat popular mengatakan bahawa wanita hebat dalam sesetengah bidang dan lelaki juga hebat dalam sesetengah bidang. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh jadi hebat dalam sesuatu bidang sekiranya dia berlatih bersungguh-sungguh dalam tempoh tertentu.

Formulanya ialah (Berlatih Secara Berfokus) + (Tempoh Tertentu) = (Kejayaan)

Bagi membuktikan ini, Kita boleh merujuk Laszlo dan Klara Polgar yang merupakan pendidik berbangsa Hungari telah melatih anak perempuan mereka secara sistematik dan bersungguh-sungguh sejak awal usia lagi. Ketiga-tiga anak perempuan mereka telah meraih kedudukan 10 tangga teratas di peringkat dunia dalam pertandingan CHESS. Salah seorang anak mereka yang bernama Judit menerima anugerah GRANDMASTER sewaktu usianya  15 tahun lagi.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LATIHAN BERSUNGGUH-SUNGGUH

  • Sediakan sejumlah waktu yang sesuai untuk bangunkan kemahiran anda. Kajian Ericsson boleh dikatakan seseorang yang mahu menjadi hebat perlukan sekurang-kurangnya 10,000 jam untuk menjadi pakar dalam kemahiran tertentu.
  • Sebuah Aktiviti yang direka untuk membawa diri kita ke satu tahap yang lain. (Lebih Baik)
  • Latihan perlu dipantau atau disemak oleh Guru atau Mentor. Guru tersebut mestilah mampu untuk memberi maklumbalas dan kritikan yang membina supaya pelajar tersebut boleh terus maju.
  • Pelajar mesti melakukan latihan dengan motivasi yang tinggi dan mendapatkan maklumbalas Guru.

5 RAHSIA YANG MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA PELAJAR

  1. Cari Guru yang boleh membimbing anda.
  2. Jangan Berlatih dalam topik yang anda sudah bagus. Sebaliknya berlatih dalam topik yang anda lemah.
  3. Untuk menjadi lebih baik. Anda perlu terima hakikat yang anda lemah dalam topik tersebut. Apabila minda anda sudah terima hakikat ini. Barulah minda akan hantar mesej kepada seluruh badan anda untuk bekerja keras.
  4. Cintai perkara yang anda sedang usahakan. Walaupun bosan atau penat. Anda perlu suka melakukan latihan tersebut.
  5. Tetapkan Matlamat apa yang anda mahu capai. Ingat Minda yang mempunyai hala tuju yang jelas lebih mudah mengarahkan tubuh badan anda untuk bekerja atau belajar.

PECUTAN AKHIR BEST BELAJAR : 3 PETUA BELAJAR LAST MINIT

Sempena Cuti Sekolah seminggu ini, pasti para pelajar terkejar-kejar untuk lakukan persiapan akhir menghadapi PT-3 dan SPM. Tidak kurang juga pelajar UPSR.

Berikut merupakan 3 petua yang mungkin anda boleh amalkan untuk menghadapi peperiksaan saat akhir.

 

Quizlet merupakan aplikasi yang membolehkan anda menggunakan Flashcard dan games. Dengan menggunakan kaedah ini. Anda tidak lagi perlu menggunakan kaedah Flash Kad klasik dimana anda perlu potong kertas atau lipat. Kemudian simpan dan rujuk kembali. No more to that!!!

Aplikasi ini juga percuma dan boleh digunakan melalui laptop atau Telefon. Yeayyy (^_^)

Di sini saya kongsikan Link Video Youtube yang menerangkan dari A sampai Z bagaimana untuk menggunakannya.

https://www.youtube.com/watch?v=OB0h_FnKW1Q

Apabila anda tukar lokasi belajar. Otak dan Badan anda seolah-olah “Re-fresh” semula untuk kuatkan memori minda anda. Dicadangkan setiap 20-30 minit anda tukar lokasi belajar. Sebagai contoh : Lihat Gambar di bawah ini :

Rajinkan diri untuk baca dengan kuat poin atau fakta penting. Ianya membantu anda untuk ingat dengan lebih mudah.

 

Semoga bermanfaat.

Syed Faizal, Jurulatih Utama, Kumpulan Best Belajar Malaysia

==========================================================================

Berminat menjemput kami untuk menjalankan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ di sekolah atau organisasi anda ?

Hubungi 019 -211 12 85