BEST BELAJAR™ @ SMK KEPALA BATAS

Alhamdulillah, Pengetua Sekolah dengan usaha kaunselor Cikgu Husna dan Cikgu Roslina telah menjemput saya dan Team Best Belajar™ Utara Tuan Nabeel, Tuan Syafiq, Tuan Irfan dan Cikpuan Nadia bagi mengendalikan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ pada 17 Januari 2017 yang lalu.

Selama 1 hari saya bersama mereka menjalankan topik-topik berikut

KUASA MATLAMAT :Berkongsi Kaedah menetapkan Matlamat Belajar Akademik mengikut Formula Best Belajar™ dan NLP

KUASA MEMORI : Mempelajari Kaedah menghafal fakta subjek sekolah dengan Sistem Movie Best Belajar™

KUASA NOTA : Mencipta dan mencatit nota mengikut Sistem Kad KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)

GAMIFIKASI : Sesi petang pelajar perlu mengaplikasi segala teknik yang telah dipelajari melalui proses gamifikasi. Memang meriah dan seronok.

 

Apa yang menariknya lagi ialah, saya benar-benar terharu apabila Kaunselor memberitahu mereka sangat puas hati dengan pengisian dan pengendalian saya. Berbaloi dengan harga yang dibayar dengan nilai yang diberikan oleh Kumpulan Best Belajar™ Malaysia. Syukur. Alhamdulillah.

Inilah slogan syarikat atau kumpulan Best Belajar untuk 2017

  • THE COMPANY THAT REALLY FOCUS IN ACADEMIC ACHIEVEMENT AND INSPIRE TEACHERS –

IMG_8919 IMG_8920

IMG_8923 IMG_8922 IMG_8921 IMG_8924

Pada keesokan harinya pula selama 2 jam saya bersama SMK Seri Gunong berkongsi Tajuk Hala Tuju Motivasi Pelajar. Terima kasih Cikgu Shamsinaz dan Cikgu Hafizah yang mengambil saya untuk memenuhi slot motivasi sekolah anda. Semoga pelajar mendapat manfaat yang besar.

Saya rasa terharu juga di sini kerana selepas 40 minit saya mengendalikan sesi di sini. Pentadbir dan kakitangan pejabat sekolah turun ke dewan. Kata mereka “macam meriah di dewan… nak mai la tengok….”

(^_^)

 

Sekian perkongsian saya untuk 17 & 18 Januari.

 

Syed Faizal

Jurulatih Utama Kumpulan Best Belajar™ Malaysia

The Company That Really Focus in Academic Achievement & Inspire Teachers

 

=================================================================

Mahukan Program Best Belajar™ di sekolah atau organisasi anda ?

Hubungi 019 – 211 12 85

artikel-bb-music-4-study-008 artikel-bb-music-4-study-009