TEKNIK VISUALISASI BEST BELAJAR™

Teknik Visualisasi merupakan salah satu kaedah mempermudahkan minda untuk menghadam maklumat secara visual di dalam minda. Kaedah ini membantu kita untuk mengingati sesuatu maklumat secara mudah dan untuk tempoh yang lebih lama.

Jemput KLIK gambar Poster di atas untuk muat turun Fail PDF secara PERCUMA.

Ikhlas daripada kami Kumpulan Best Belajar Malaysia

===================================================================

Sebarang urusan pertanyaan atau jemputan bagi mengendalikan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar di sekolah atau organisasi anda. Hubungi 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)

Sebarang urusan pertanyaan atau jemputan bagi mengendalikan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar di sekolah atau organisasi anda. Hubungi 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)

KUASA NOTA : BAGAIMANA NOTA MEMBANTU PELAJAR

Di dalam Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ saya, Kuasa Nota merupakan Modul yang ke – 4. Seperti dibawah ini.

Apabila saya tanya pelajar-pelajar yang saya jumpa dalam program motivasi, “Bagaimana adik-adik tulis nota ?” “Apakah Teknik Nota yang adik-adik gunakan ?”

Rata-rata boleh dikatakan tidak ada yang menggunakan nota. Ada yang mengharapkan Nota i-Think yang guru mereka suruh lakukan. Ada juga segelintir yang menggunakan Peta Minda. Kira ok la tu… yang saya bimbang bagi mereka yang langsung tidak catat nota atau hasilkan nota.

 

Ramai juga pelajar yang menghasilkan Nota Linear seperti dibawah ini :

 

TAHUKAH ANDA ?

Kualiti Keputusan anda ditentukan dengan Kualiti Nota yang anda hasilkan. (^_^)

 

Di sini saya kongsikan 3 SEBAB BESAR mengapa anda sebagai pelajar perlu menghasilkan NOTA.

  •  NOTA MENJIMATKAN MASA

Apabila anda menghasilkan nota. Anda boleh merujuknya kembali apabila menghampiri peperiksaan. Nota yang anda hasilkan untuk sesuatu topik mungkin mengambil 2 atau 3 muka surat. Ini sangat menjimatkan masa berbanding anda perlu membelek semula Buku Teks sekolah untuk merujuk poin-poin penting.

  • NOTA MENGUKUHKAN INGATAN (MEMORI)

Apabila anda menulis atau mencatat kembali atas nota. Anda sebenarnya mengukuhkan ingatan. Ini sekaligus memantapkan memori anda.

 

  • NOTA MENJADIKAN ANDA FAHAM LEBIH BAIK

Apabila anda telah baca dan hadam poin-poin penting. Anda seterusnya akan mencatat. Ini menjadikan anda lebih memahami sesuatu topik itu dengan baik.

 

PERSOALANNYA : BAGAIMANA UNTUK MENGHASILKAN NOTA YANG BAIK ?

Nota yang baik perlulah dihasilkan dengan kaedah yang menggabungkan otak kiri dan kanan. Seperti mana yang kita tahu. Otak Kiri memproses maklumat yang berat seperti nombor, karangan, formula, memahami sesuatu yang khusus dan lain-lain. Otak Kanan pula memproses maklumat seperti emosi, lagu, seni, gambar, imaginasi, pergerakkan dan lain-lain.

 

Untuk itu Gunakan FORMULA KOMAC

K : KEYNOTE

Gunakan Kata kunci sahaja dalam menghasilkan nota anda.

O : OUTSTANDING

Lukis gambar, anak panah, simbol atau apa-apa sahaja yang menjadikan nota anda luar biasa daripada kebiasaan yang hanya sekadar tulisan sahaja. Ini salah satu syarat untuk merangsang otak kanan dan kiri anda.

M : MNEMONIC TRIGGER

Sambil anda menghasilkan nota. Gunakan juga kaedah mnemonic yang membantu anda ingat sesuatu poin penting. Apakah contoh mnemonic ? Bayangkan saya minta anda hafal 5 fakta ini : Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Australia dan Brunei. Mnemonic anda boleh jadi seperti ini : MAk BAgi Indon Aiskrim dan Biskut. Sebenarnya anda boleh buat apa sahaja kaedah Mnemonic asalkan ia boleh bantu anda ingat untuk jangka lama dan pendek.

A : ASSOCIATION

Daripada poin utama kaitkan dengan poin kecil. Poin kecil pula boleh dikaitkan dengan poin seterusnya.

 

C : COLOUR

Gunakan Warna yang berlainan untuk poin-poin tertentu. Warna merangsang otak kanan anda. Pastikan jangan terlalu banyak warna. Cukuplah sekadar 3 warna minimum sahaja.

NLP 4 TEACHERS @ MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL AMAN

Alhamdulillah, pada 26 Disember 2017 yang lalu Maahad Tahfiz Sains Darul Aman yang terletak di Kulim, Kedah Darul Aman telah menjemput saya, Tuan Nabeel dan Cik Nadia  untuk menjayakan Program Pembangunan Diri Guru NLP 4 TEACHERS.

Program ini fokus kepada 2 Bahagian utama iaitu :

  • PERTAMA : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN MENGGUNAKAN NLP
  • KEDUA : MOTIVASI DIRI SEBAGAI PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Saya bersyukur, program telah berjalan dengan baik sekali dan guru-guru mereka pula ramai yang muda-mudi. Lagi bertambah bagus kerana ada banyak aktiviti yang mereka perlu sertai bersama untuk menjadikan sesi lebih dinamik dan meriah.

Akhirnya kata, Pihak Pentadbir sekolah amat berpuas hati dan siap menempah kami untuk Program Best Belajar™ pula. Nantikan kami 2018 ini ya MTSDA (^_^)

Berikut merupakan maklumbalas Guru-Guru yang telah menyertai program ini bersama kami.

=====================================================================

 

PECUTAN AKHIR BEST BELAJAR : 3 PETUA BELAJAR LAST MINIT

Sempena Cuti Sekolah seminggu ini, pasti para pelajar terkejar-kejar untuk lakukan persiapan akhir menghadapi PT-3 dan SPM. Tidak kurang juga pelajar UPSR.

Berikut merupakan 3 petua yang mungkin anda boleh amalkan untuk menghadapi peperiksaan saat akhir.

 

Quizlet merupakan aplikasi yang membolehkan anda menggunakan Flashcard dan games. Dengan menggunakan kaedah ini. Anda tidak lagi perlu menggunakan kaedah Flash Kad klasik dimana anda perlu potong kertas atau lipat. Kemudian simpan dan rujuk kembali. No more to that!!!

Aplikasi ini juga percuma dan boleh digunakan melalui laptop atau Telefon. Yeayyy (^_^)

Di sini saya kongsikan Link Video Youtube yang menerangkan dari A sampai Z bagaimana untuk menggunakannya.

https://www.youtube.com/watch?v=OB0h_FnKW1Q

Apabila anda tukar lokasi belajar. Otak dan Badan anda seolah-olah “Re-fresh” semula untuk kuatkan memori minda anda. Dicadangkan setiap 20-30 minit anda tukar lokasi belajar. Sebagai contoh : Lihat Gambar di bawah ini :

Rajinkan diri untuk baca dengan kuat poin atau fakta penting. Ianya membantu anda untuk ingat dengan lebih mudah.

 

Semoga bermanfaat.

Syed Faizal, Jurulatih Utama, Kumpulan Best Belajar Malaysia

==========================================================================

Berminat menjemput kami untuk menjalankan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ di sekolah atau organisasi anda ?

Hubungi 019 -211 12 85

PENILAIAN KAUNSELOR SK SEREMBAN 2B TERHADAP BEST BELAJAR™

Alhamdulillah, hari ini saya bersama Jurulatih Bertauliah saya Puan Noorarpiza Roslin sama-sama mengendalikan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar™ di SK Seremban 2B.

Screen Shot 2017-02-21 at 8.33.12 PM

Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SK Seremban 2B. Saya berkongsi Sistem Movie Best Belajar™ untuk membantu pelajar hafal fakta subjek sekolah mereka dengan lebih mudah.

Puan Noorarpiza pula berkongsi Sistem Kad KBAT Best Belajar™.

Semoga perkongsian dan skil yang dipindahkan kepada para pelajar tadi benar-benar memberikan manfaat dan impak.

Screen Shot 2017-02-21 at 8.32.59 PM

Mahukan Program Best Belajar™ di sekolah anda ? Hubungi 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)