KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Kajian menunjukkan bahawa TIDUR bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, malah ianya baik untuk MEMORI anda. 

Dr. Jose dari leehealth.org menyatakan bahawa “tidur bukan sahaja baik untuk rehat tetapi untuk memori”. Jika begitu, ini bermaksud, apabila seseorang pelajar tidak cukup tidur. ianya boleh memberi kesan kepada memori jangka pendek dan panjang mereka.

Dr. Jose menambah lagi “Apabila kita tidur, kita akan memasuki fasa REM (Rapid Eye Movement). Fasa ini menjadikan emosi dan memori bersatu untuk menjadikannya ke arah memori jangka panjang.” Sekiranya proses ini tidak berlaku dengan baik. Ianya memang akan memberi kesan kepada memori anda. Jika kita ikut tempoh masa, kitaran REM berlaku setiap 90 minit. Jadi jika anda tidak cukup tidur sebagai contoh hanya tidur 2 jam. Anda hanya akan lalui satu kitaran REM sahaja berbanding pelajar lain yang tidur 8 jam. Mereka mungkin berpeluang untuk melalui kitaran REM lebih kurang sebanyak 5 kali.

Rujukan Youtube Dr. Jose boleh ditonton di sini

Di dalam satu lagi kajian yang dijalankan oleh Fred Danner, PhD dari Universiti Kentucky. Beliau telah fokuskan kajiannya kepada 882 pelajar (high school).  Berdasarkan hasil kajian, pelajar yang tidur 7.6 jam pada hari bersekolah telah menunjukkan keputusan akademik yang positif serta mempunyai daya motivasi yang baik. Mereka juga tidak ada masalah emosi atau ADHD.

KESAN TIDUR SELEPAS BELAJAR

Maka dengan ini dapat kita simpulkan bahawa :

PERTAMA

Tidur yang cukup lebih kurang 7-8 jam. Otak kita akan lalui proses REM lebih kurang 5 – 6 kali. REM menjadikan emosi dan memori menjadi sebati dalam minda kita. Seterusnya menjadikan seseorang itu lebih cekap dalam proses ingatan dan hafalan.

KEDUA

Pelajar yang tidur cukup akan mempunyai daya motivasi yang lebih tinggi (dengan dorongan yang betul), mempunyai kebarangkalian untuk mencapai keputusan yang baik (dengan kemahiran belajar yang betul) serta kurang bermasalah dalam hal-hal yang melibatkan emosi negatif dan ADHD.

PETUA MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidurlah jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur selama 7 jam ini akan memberikan anda kesegaran di pagi hari. Sebagai orang islam, anda boleh solat tahajud atau lakukan perkara yang bermanfaat dipagi hari. Jika anda beragama lain lakukan perkara yang bersesuaian. 

Bersenam 20 ke 30 minit setiap hari. Ini bagi memastikan anda akan penat di malam hari dan boleh tidur cepat.

Elakkan minum kopi atau minuman yang tinggi dengan kafein.

Anda boleh juga baca buku 30 minit sebelum tidur supaya mata anda jadi berat dan mendorong diri anda untuk tidur. Namun petua ini ada bahaya juga. Takut setiap kali baca buku di waktu siang hari anda akan mengantuk dan terprogram untuk tidur pula. Jadi hati-hati ya.

Pastikan bilik anda gelap sepenuhnya untuk tidur. Jangan nyalakan lampu kecil atau sebarang cahaya supaya badan kita tidak peka terhadap rangsangan cahaya dan otak kita tidak terima signal tersebut.

 

Semoga bermanfaat.

====================================================================

 

TEKNIK VISUALISASI BEST BELAJAR™

Teknik Visualisasi merupakan salah satu kaedah mempermudahkan minda untuk menghadam maklumat secara visual di dalam minda. Kaedah ini membantu kita untuk mengingati sesuatu maklumat secara mudah dan untuk tempoh yang lebih lama.

Jemput KLIK gambar Poster di atas untuk muat turun Fail PDF secara PERCUMA.

Ikhlas daripada kami Kumpulan Best Belajar Malaysia

===================================================================

Sebarang urusan pertanyaan atau jemputan bagi mengendalikan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar di sekolah atau organisasi anda. Hubungi 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)

Sebarang urusan pertanyaan atau jemputan bagi mengendalikan Program Motivasi & Bimbingan Sistem Best Belajar di sekolah atau organisasi anda. Hubungi 019 – 211 12 85 (Syed Faizal)

NLP 4 TEACHERS @ MAAHAD TAHFIZ SAINS DARUL AMAN

Alhamdulillah, pada 26 Disember 2017 yang lalu Maahad Tahfiz Sains Darul Aman yang terletak di Kulim, Kedah Darul Aman telah menjemput saya, Tuan Nabeel dan Cik Nadia  untuk menjayakan Program Pembangunan Diri Guru NLP 4 TEACHERS.

Program ini fokus kepada 2 Bahagian utama iaitu :

  • PERTAMA : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN MENGGUNAKAN NLP
  • KEDUA : MOTIVASI DIRI SEBAGAI PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU

Saya bersyukur, program telah berjalan dengan baik sekali dan guru-guru mereka pula ramai yang muda-mudi. Lagi bertambah bagus kerana ada banyak aktiviti yang mereka perlu sertai bersama untuk menjadikan sesi lebih dinamik dan meriah.

Akhirnya kata, Pihak Pentadbir sekolah amat berpuas hati dan siap menempah kami untuk Program Best Belajar™ pula. Nantikan kami 2018 ini ya MTSDA (^_^)

Berikut merupakan maklumbalas Guru-Guru yang telah menyertai program ini bersama kami.

=====================================================================

 

TUAN NABIL BERSAMA SMK SERI MAHAWANGSA, JITRA

THE BEST MOMENT 4 SIRI DI SMK SERI MAHAWANGSA DI JITRA

Alhamdulillah Syukur selesai 4 Siri program BEST BELAJAR di SMK Seri Mahawangsa, Jitra. Saya di beri peluang untuk bersama dengan Tigkatan 3 & Tingkatan 5 seramai 600 orang. Terima Kasih kepada cikgu Syikin ( kaunselor) kerana menjemput saya untuk berkongsi teknik dan pengalaman dengan pelajar.

Pelbagai pengalaman menarik sepanjang saya menendalikan program selama 4 siri bersama pelajar. Antara pengalaman yang menarik sayaadalah dapat berinteraksi dan dapat menarik perhatian peserta dari pelbagai kaum untuk terus fokus dalam program. Selain itu, saya dapat bersama dengan pelajar dari pelbagai tahap. untuk siri 1 & 2 saya bersama dengan pelajar kelas hadapan dan pada siri 3 & 4 saya bersama dengan kelas belakang.

Screen Shot 2017-04-22 at 4.49.44 AM

Mulanya, saya rasa pelajar kelas belakang tak dapat nak beagi fokus yang baik dan akan ganggu program.  Rupanya,………….saya salah. Pelajar kelas belakang antara pelajar yang sangat energetik dan memberi fokus dalam program. Malahan mereka ni dapat mengaplikasikan teknik yang di beri dengan baik.

Nak tahu tak? teknik apa yang saya kongsikan bersama pelajar SMK Seri Mahawangsa menyebabkan mereka teruja dan siap kata macam ni, Bang kenapa sekejap sangat program…WOW sampai macam tu sekali. Antara teknik yang kongsikan bersama pelajar adalah :

  1. Teknik Matlamat yang betul
  2. Teknik Menghafal yang sangat OSEM
  3. Teknik mencipta MOOD BELAJAR

Nak tahu lebih detail kena la jemput saya ke sekolah anda hehehehe.

Saya di SMK Seri Mahawangsa selama 4 siri. masuk ja siri ke 2 dan seterusnya pasti saya akan terserempat dengan bekas-bekas peserta saya.  Jadi saya mula la tanya, Dik macam mana aplikasikan tak apa yang abang ajar? jawapannya sangat perghhhhhhh…”Abg alhamdulillah kami aplikasikan apa yang abang ajar pada kami, terutamanya matlamat. Sekarang saya dah nampak masa depan saya huhuhuh. saya jugak aplikasikan teknik menghafal dalam matapelajaran BM” – (Adik Imran & Atif )..WOW tidak ku sangka adik-adik aplikasikan teknik menghafal dalam matapelajaran BM.

Screen Shot 2017-04-22 at 4.49.53 AM

 

Yang ni lagi BEST. Siap leminate Matlamat yang saya ajarkan dalam program dan terus frame kan untuk tengok hari-hari – ( Adik Denis)

Screen Shot 2017-04-22 at 4.50.07 AM

 

Moment paling BEST adalah dapat jumpa BUNTAT ( Adik Arif) yang jugak pelajar SMK Seri Mahawangsa. Saya ke sekolah dah masuk 3 siri tapi tak dapat jumpa BUNTAT lagi..tu yang saya bagtau pada peserta. Habis ja program. Tiba-tiba………ada peserta jerit, Abang Buntat abang Buntat..apa lagi saya pun ambil la peluang bergambar hehehehe.

Screen Shot 2017-04-22 at 4.50.01 AM

 

Akhir dari saya,  Antara elemen yang kami tekankan dalam program adalah, kita berseronok dalam program namun kami membimbing pelajar step by step untuk memahami teknik yang kami kongsikan dan yang paling penting pelajar dapat mengaplikasikan dalam pembelajaran dan kehidupan mereka ( Matlamat).

Apa tunggu lagi??????? jom dapatkan khidmat kami Kumpulan BEST BELAJAR MALAYSIA ke sekolah anda… PASTI TAK CARI LAINNNNNNNNNNN.

BEST BELAJAR A TRUSTED BRAND IN EDUCATION TRAINING & MOTIVATION

Nabeel

Certified BEST BELAJAR Specialist ( Zon Utara)

BEST BELAJAR™ @ SMK PUTERI SEREMBAN

Alhamdulillah, selesai satu lagi program hari ini di SMK Puteri Seremban. Saya telah dijemput oleh Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah khususnya oleh Cikgu Inah Kuala Abdullah. Pertama kali kami bertemu di Bengkel The Kinesthetic Presenter & Gamification 4 Teachers di Bangi tahun lalu. Tahun ini bertemu di sekolah pula.

Screen Shot 2017-02-26 at 12.51.30 AM

Program hari ini saya bertemu dengan para pelajar Tingkatan 3 dan 5 mereka. Seperti biasa apabila saya bersama pelajar spesisnya PEREMPUAN sahaja memang selalunya HAVOC !!! hahaha

Syukur program selama separuh hari ini berjalan dengan baik. Saya telah berkongsi dengan adik-adik ini Kuasa Matlamat menggunakan Kad Matlamat Best Belajar™ dan Kuasa Hafalan dengan menggunakan Sistem Movie Best Belajar™.

Semoga bermanfaat adik-adik sekalian.

Berikut merupakan Penilaian 3 Orang Kaunselor tentang Pengisian Modul Best Belajar™ dan Cara Kendalian saya terhadap program tadi. Semoga menjadi panduan kepada rakan-rakan kaunselor dan Pemimpin Sekolah yang lain.

Screen Shot 2017-02-26 at 12.48.16 AM

Screen Shot 2017-02-26 at 12.47.55 AM Screen Shot 2017-02-26 at 12.47.30 AM