SYED FAIZAL @ JOURNEY 2 IPT

11873536_10204747041263565_7232131849530186736_n

 

 

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyantuni adik-adik bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT tanah air.

Mereka merupakan pelajar-pelajar yang baru sahaja menamatkan pelajaran di peringkat Matrikulasi dan Asasi dari serata Malaysia.

Di dalam program ini saya diberi amanah oleh Pihak IKRAM SISWA untuk berkongsi tajuk NLP 4 ACADEMIC EXCELLENCE.

Saya sangat suka dengan tajuk ini, kerana ianya memang dalam bidang kepakaran saya.

 

Berikut merupakan maklumbalas para peserta berkenaan slot saya.

Saya mencadangkan agar program ini diteruskan terutama pada pelajar-pelajar sekolah kerana input yang amat berkesan dan menarik. – Norizzati –

11870848_10204747896964957_5389408607905575391_n

Program yang best dan menarik. Boleh menarik minat semua orang tak kira latar belakang. Sesuai juga dengan pelajar bermasalah di sekolah. – Nurul Ruwaidah –

Program yang sangat seronok, bermanfaat, tak mengantuk, tak bosan dan BEST. Penyampaian yang sempoi, santai dan tak lari tajuk. –Khairun Nisa, lepasan Matrikulasi Perlis –

Cikgu memang terang betul-betul tentang gaya belajar. Sebelum ini ada pergi kursus dari Dr Syukri Abdullah, tapi tidak memahaminya sangat. Mudah dan senang difahami, aktif dan ceria. – Sumaiyah, UNISZA, Terengganu –

Program ini menarik, tak mengantuk, slides jelas. Cara penyampaian BEST. Lebih kurang macam abang Bai. Gambar slides menarik. – Asma’, lepasan Asasi UITM PALAM –

Sangat menarik dan dikendalikan secara professional dan mesra. – Farhana Hassan, UITM Puncak Alam –

Best, gempak, terbaik! Saya sangat syorkan program ini kepada adik-adik di luar sana yang masih lagi mencari-cari gaya belajar yang sebenar. I’m glad that I come! – Maisarah, lepasan Matrikulasi Johor –

Penyampaian berjaya menarik perhatian saya sehingga ke akhir. Interesting points pointed out yang mungkin sebelum ini sudah pernah dengar / tahu tetapi tidak sedar. – Safwah Adani, UPM –

Sangat BEST. Rugi siapa tak pergi. Saya tak rasa rugi datang dari Sabah. Kalau boleh nak datang selalu. Dulu kalau belajar blank tak tahu nak belajar macam mana. Setiap kali masuk sekolah baru, blank. Programni BEST! – Khalidah Ismail –

Program yang sangat menarik dan tidak mudah bosan. Teknik penyampaian juga SUPERB! – Nurul Hanan, lepasan Matrikulasi –

Banyak gaya belajar baru yang dapat dipelajari. Gaya-gaya belajar yang disampaikan sangat menarik dan berkesan. Yang penting, tidak boring dan sangat fun! – Mardhiah, UITM Puncak Alam –

Pengisian yang amat menarik, sesuai untuk semua peringkat umur. Khususnya bagi mereka yang ingin berjaya. – Najwa Solehah –

11873372_10204748115210413_3537664646093876513_n

Saya amat tertarik dengan pendekatan motivator yang penuh tenaga dan menarik, di mana sesuai untuk semua peringkat umur pelajar. – Mohamed Amir, lepasan ASASI –